Foto GaLeri

Foto GaLeri

09 Julai 2011

..susuan dan konsepnya..

Daripada Ibn Abbas:Sesungguhnya Nabi pernah diminta(akan dikahwinkan)anak perempuan Hamzah (Hamzah bin Abd’ al-Muttalib).Kemudian Baginda bersabda:Sesungguhnya tidak halal bagiku (tidak halal dikahwini oleh daku),ia adalah anak kepada adik beradik susuan daku dan haram sebab menyusu,apa saja yang haram sebab hubungan mahram (hubungan nasab dan darah).


*      SEBAB WURUD
Riwayat al-Tirmizi Ali bin Abu Talib,katanya beliau pernah bertanya kepada Rasulullah “wahai Rasulullah,kenapa engkau tidak kahwini saja puteri bapa saudara (pak cik) Hamza.Ia merupakan wanita tercantik dari kalangan gadis Quraisy?Baginda bersabda “sebagaimana daku,dimaklumi dan daku ketahuinya sesungguhnya Hamzah itu adalah saudara susuanku.Kemudian baginda menyatakan hadis tersebut.
 

*      HURAIAN RINGKAS HADIS

 1.Dalam hadis tersebut menjelaskan di mana nabi pernah dipelawa mengahwini anak perempuan Hamzah bin Abd’ Muttalib,namun baginda menjelaskan bahawa puteri Hamzah tersebut haram dikahwininya kerana gadis itu adalah mahramnya disebabkan ia adalah anak kepada saudara Hamzah yang merupakan saudara susuannya.

2.Anak perempuan Hamzah dikira sebagai anak saudara susuan baginda.Ia haram dikahwini sebagaimana haram mengahwini anak saudara hubungan nasab atau hubungan keturunan.

3.anak saudara susuan sama taraf dengan anak saudara senasab dari sudut pengharaman/mahram seperti haram dikahwini dan tidak batal wuduk apabila bersentuhan.


HURAIAN TERPERINCI HADIS

 1.Dalam islam penyusuan anak kecil yang belum mencapai usia 2 tahun dikenali dengan istilah( رضاعة ).Al-Rada’ boleh dibaca sebagai al-Rida’ yang membawa maksud penyusuan.
2.Pensyariatan penyusuan telah dijelaskan dalam al-quran dan hadis serta ijmak ulama.

 Firman allah :

التى ارضعنكم واخوتكم من الرضعةوامهتكم

dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan saudara-saudara kamu”
 
Hadis daripada Aisyah:

و يحرم من الرضاعة ما يحرم من النسب

“haram sebab penyusuan seperti haram dengan sebab keturunan atau nasab”

KONSEP SUSUAN DALAM ISLAM

1.Maksud susuan ialah satu proses memberi susu seorang perempuan kepada bayi samada dengan cara minum atau tuang melalui mulut atau hidung hingga sampai ke perut dalam tempoh 2 tahun.

2.Syarat-syarat penyusuan ialah:

       *ibu susuan yang baligh

       *bayi yang disusu belum mencapai usia 2 tahun

        *tidak kurang 5 kali kenyang

        *susu yang diberi mestilah sampai ke dalam perut bayi

        *susu perempuan

3.Dalil :
                                  #Nabi bersabda:

لا تحرم المصة والمصتان

 sekali hisapan(susuan)dan dua kali hisapan itu tidak menjadi mahram.


        4.Hukum penyusuan adalah harus.

* 
   IMPLIKASI HUKUM DARIPADA PENYUSUAN
 
                1.Perempuan yang menyusu dikira sebagai ibu susuan

2.Ibu kepada suami perempuan yang menyusu dikira sebagai nenek susuan

3.Ibu kepada perempuan yang menyusu dikira ibu saudara susuan

4.Saudara perempuan dari bapa susuan dikira ibu saudara susuan

5.Cucu perempuan dari ibu susuan dikira sebagai anak saudara susuan

6.Saudara perempuan sesusuan sebapa atau seibu

7.Adik-beradik susuan yang bukan daripada ibu bapa susuan.


     IMPLIKASI HUKUM SEKIRANYA BERLAKU PERKAHWINAN ANTARA ADIK-BERADIK SUSUAN & HANYA DIKETAHUI SELEPAS MENDAPAT ZURIAT

                1.Hendaklah dipisahkan dengan serta-merta

2.Harus dilantik wali nikah pada anak perempuan,wali syubhah.

3.Tidak boleh menerima pusaka

4.Dikira anak wali syubhah

5.Harus dinasab anak wali syubhah kepada ayah

6.Apabila berpisah-orang perempuan mempunyai edah.

 BATASAN YANG DIHARUSKAN OLEH SYARAK ANTARA SAUDARA SUSUAN

               1.Batas pergaulan lebih luas/longgar

2.Batas aurat antara mereka sama seperti mahram nasab

3.Harus bersentuh tanpa membatalkan wuduk

4.Kebenaran untuk masuk rumah/bebas keluar masuk rumah tanpa meminta izin.

            BATASAN YANG TIDAK DIHARUSKAN OLEH SYARAK ANTARA SAUDARA SUSUAN

                 1.Tidak halal berkahwin

2.Tidak boleh dikenakan had sekiranya berlaku kes kecurian di kalangan sesame mereka

3.Tidak boleh diterima kesaksian dalam perbicaraan di mahkamah bagi membela antara satu sama lain

4.Tidak boleh pesaka-mempesakai

5.Tidak boleh menjadi wali.

SYARAT-SYARAT YANG MENGHARAMKAN PERKAHWINAN

 1.susu perempuan- penyusu mestilah seorang perempuan,justeru itu,susu binatang dan susu lelaki tidak menjadi hubungan mahram.
             2.perempuan yang menyusukan itu masih hidup-sekiranya kecil menyusu kepada wanita telah mati/diperah susu daripada wanita yang telah mati,tidak menjadi hubungan mahram.

 3.perempuan yang menyusu itu baligh- wanita yang berusia kurang daripada 9 tahun,susunya tidak menyebabkan haram,tetapi jika wanita itu berusia 9tahun,penyusuannya itu menyebabkan haram sekalipun ia belum baligh kerana kemungkinan baligh/mencapai usia baligh sudah ada dan berlaku.

 4.sampai dalam perut bayi- air susu tersebut masuk ke dalam rongga dan perut besar bayi samada dengan cara hisapan dengan mulutnya sendiri atau dituangkan ke dalam mulut atau diperahkan kemudian dituangkan dalam mulutnya.


           5.bayi yang disusui berumur tidak lebih 2 tahun-

sekiranya anak itu berusia 2 tahun lebih,penyusuan itu tidak ada apa-apa kesan pada mahram.Perkiraan 2 tahun itu adalah menurut kiraan bulan hijrah.

6.mencukupi kadar susuan-mestilah menyusukan anak tersebut sekurang-kurangnya 5 kali yang mengenyangkan dan secara terpisah-pisah.
*

PERBEZAAN HUKUM ANTARA MAHRAM KERANA SUSUAN DENGAN MAHRAM KERANA NAS

1.MAHRAM SUSUAN:

     #Tidak boleh terima dan memberi pesaka

     #Tidak boleh mewalikan perkahwinan

     #Tidak terlepas dari hudud dan qisas

     #Tidak wajib nafkah

     #Tidak boleh nasabkan

   2. MAHRAM NASAB

                   #Dapat pusaka

                   #Boleh mewalikan nikah

                   #Terlepas dari hukum hudud atau qisas

                   #Boleh menasabkan

* KEPENTINGAN SUSU IBU

                 1.Makanan yang lengkap serta sempurna kepada jasmani & rohani anak-anak.

                2.Untuk tujuan tumbesaran anak.susu ibu mengandungi protein dan kolesterol.

                3.merupakan makanan yang tebaik untuk anak-anak

                4.mudah untuk disedikan tanpa perlukan alat tambahan dan paling ringkas&jimat.

    PENGAJARAN/MESEJ HADIS

                 1.susu ibu penting terhadap kesihatan dan rohani anak-anak

              2.ganjaran pahala yang besar untuk ibu yanh menyusukan anak-anak mereka,khsnya

                 susu pertama/mula-mula bayi dilahirkan.

              3.menyusukan anak menyebabkan ibu kembali kesihatan asli dan elok perjalanan

                 darah.

              4.ibu bertanggungjawab menyusukan anak dan menjadi kebahagian rumahtangga

              5.susu ibu merupakan susu penuh khasiat untuk pertumbuhan psikologi anak.


Pengetahuan adalah teman kita yang terbaik,ia sentiasa mengikut kita walau ke mana pun kita pergi,tatkala ada seseorang menolak kita,pengetahuan akan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.berlarilah terus hingga ke garisan penamat,sebab perlumbaan yang tidak pernah sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai..


Wallahu’alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terpulang kepada saudara sekalian sama ada mahu mengulas atau memberi komen atau cadangan..