Foto GaLeri

Foto GaLeri

10 April 2013

Kuasa Allah tiada tandingannya..


Ketika melaksanakan tugas penuh cabarannya..
Kadang-kadang duit berpuluh ringgit habis untuk kenderaan dan komunikasi..
Selama 2 hari melaksanakan tanggungjawab..
Semalam dalam dompet hanya tinggal wang sejumlah RM1 sahaja...
Sampaikan nak isi minyak kereta pinjam yang sahabat..
Mungkin perjalanan jauh ke kawasan perdalaman dan ulang-alik meeting di bandar..
Rungsing memikirkan wang tiada..apa lagi untuk perjalanan pulang ke kampus..
Ketika ini hanya mampu berdoa moga dikurniakan ketabahan..

Hari ini,bila mana terpaksa mencari sejumlah wang untuk diri..
Ku lihat dalam dompet ada sejumlah wang RM50...
Subhanaallah mana datangnya wang ini..
Sedangkan ternyata semalam hanya RM1 sahaja dalam dompet ini...
Terdetik rasa syukur dalam diri..
Ini adalah rezekiNya untuk ku...
Dari mana wang ini datang,mungkin itu menjadi persoalan..
Terfikir mungkinkah ku terlepas pandang ketika melihat wang RM1 atau mungkinkah ku tersilap melihat nilainya??
Fikiran sekali lagi melayang....
Mana mungkin aku tersilap...warnanya juga cukup berbeza..

Walaupun diri penuh tanda tanya..
Namun,aku tahu ALLAH MAHA AGONG....
Mungkin inilah hikmahnya apabila kita pasrah tentang sesuatu ujian..
YA ALLAH,syukran untuk ini..
Sesungguhnya aku bersaksi hanya padaMu Maha Esa dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad saw adalah pesuruhMu...