Foto GaLeri

Foto GaLeri

31 Disember 2012

santau


PENDINDING DIRI DARIPADA BAHAYA SANTAU


Terdapat beberapa amalan yang sohih bagi menghalang seseorang itu menjadi mangsa kejahatan sihir dan santau. Berkat keizinan Allah swt, segala bentuk sihir dapat dihindarkan dengan syarat kita sangat yakin dan percaya bahawa Allah swt telah menurunkan al Quran itu sebagai penyembuh bagi segala penyakit. Amalan yang berterusan pasti akan memberi faedah yang amat besar kepada kita di dunia dan di akhirat.


Pilihlah mana2 daripada amalan2 ini dan beramallah dengan bersungguh-sungguh.



1) Bacalah sebanyak 100 kali selepas solat Subuh.
Laillahaillallah wahdahulasyarikala lahulmulkuwalahulhamdu yuhyiwayumitu wahuwa'ala kulisyaiinkqadir.
2) Bacalah surah Mulk sebelum tidur. Fadhilatnya dapat menghindar siksaan kubur.
3) Hendaklah berwuduk sebelum tidur dan ketika hendak bersama isteri.
4) Amalan bacaan surah Yaasin setiap subuh.
5) Amalkan bacaan ini setiap pagi dan petang.
Bismillahilazi layadhuruma'asmihi syaiunfilardhi walaafisamaiwahuasami'ula'lim.
6) Atau baca: A'udzubikalimatillahittammatiminsyarramakholaq
7) Bacalah sebanyak 21 kali surah al fatihah pada tiap2 malam sebelum tidur.
8) Jadikan 'basmalah' sebagai wirid dalam setiap pekerjaan contohnya dalam perjalanan ke tempat kerja. Bacalah sebanyak yang mampu.
9) Pasangkanlah di dalam rumah kaset/CD bacaan ayat Ruqyah - boleh didapati dari Ustaz Sharhan dan 'Tobibi Team'
10) Bacalah satu juzuk al Quran sehari seumpama yang dianjurkan oleh al Imam Hassan al Banna. Khatamkan al Quran paling lewat dalam masa satu bulan dan jangan kurang dari tiga hari.
11) Amalkan solawat tafrijiyah dan solawat syifa'.



Segala amalan-amalan di atas hendaklah diamal dengan bersungguh-sungguh. Gilapkan keyakinan yang padu bahawa Allah swt saja yang mampu menolak segala bentuk kejahatan zahir dan batin. Bulatkan tujuan kita untuk memburu redha Allah bukan semata-mata mengharap balasan pahala dan syurga saja. Jadikanlah diri kita ini benar-benar hamba yang hamba di depan Allah swt.



Firman Allah swt:
Maksudnya; Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyambah-Ku. (surah az Zariat:56)



Santau boleh dibahagikan kepada dua jenis:



Jenis pertama: Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan peranan jin dan syaitan. Jenis ini agak mudah dirawat. 
(Santau yang disediakan dan diberi makan kepada orang tertentu secara hakikat.Hakikat disini bermaksud santau yang tidak disokong dengan penggunaan ilmu sihir yang melibatkan iblis dan syaitan. Kesan santau ini semata-mata bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan bahan-bahan yang diadunkan.Mangsa santau jenis ini boleh menemui ajalnya bergantung kepada kekuatan bahan adunan itu.Walau bagaimanapun bahan itu mudah keluar melalui saluran najis seperti proses makanan biasa).



Jenis kedua: Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap syaitan dan syaitan. Ianya dikenali sebagai santau angin dan ianya agak sukar dirawat kerana melibatkan peranan jin. 
(Santau yang disediakan daripada bahan dan kaedah tertentu menggunakan hikmat.Istilah hikmat disini bermaksud santau yang dibuat disertai pemujaan iblis dan syaitan.Santau jenis ini tidak mudah keluar melalui saluran najis.Ia akan kekal dalam badan selagi tidak dikeluarkan dengan cara tertentu.Mangsa santau walaupun telah diubati tetapi saki baki santau yang tinggal dalam badan akan membiak dan boleh menyebabkan mangsa berkenaan sakit semula).






30 Disember 2012

Cara Melindungi Diri daripada Santau


KAEDAH PELINDUNG (pendinding diri)

Sentiasa menjaga solat dan amalan fardhu yang wajib dan melakukan yang sunat seperti solat sunat malam, berzikir, membaca Al Quran, dan sebagainya . Setiap amalan hendaklah membaca al quran dan surah-surah yang dibaca dan berzikir hendaklah diniatkan memohon kepada Allah ta'ala supaya dilindungi diri dan ahli keluarga dari segala bentuk kejahatan makhluk syaitan, jin, iblis, manusia dan sebagainya. Senantiasa mengamalkan dalam doa harian atau setiap lepas solat membaca surah Al fatihah, 3 Qul ( Al Ikhlas, Al Falaq, An Nas), Ayatul Qursi, doa pengerak (bismillahiladzi la yadhurru ma asmihi syaiun fil ardhi ... sampai habis.  Melazimkan diri membaca ketika sebelum makan dan minum, sebelum  keluar rumah , lazimkan juga membaca 2 akhir ayat dari surah at taubah (ayat 128 dan 129) iaitu laqod ja'akum .... sampai habis., dan doa-doa yang lain.

28 Disember 2012

MUSIBAH/UJIAN

‎~Ujian itu hadir di saat kita senang~~Kadang2 hadirnya tidak pernah putus~~Sentiasa ada bagaikan putaran siang dan malam~~Selepas siang,malam menjelma dan begitulah sebaliknya~~Kadang terasa diri tak mampu untuk hadapinya~


~Namun bila teringatkan kata-kata Allah dalam kitab suci~
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari dosa-dosamu.”(QS. As Syura, 42 : 30)


"Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan: Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya-lah kami kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk" [Al Baqarah: 156-157]


"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."[Al Taghabun:11]


~Diri ini bangkit untuk hadapinya~~Walau sebenarnya diri tak mampu untuk menggalasnya~~Fikirkan DIA,Mohonlah padaNya~~Kerana manusia tak mungkin memahami naluri ini~~Hanya DIA MAHA TAHU,apa yang terbaik untuk hambaNya~

26 Disember 2012

Something that people must know...

Target syaitan adalah memastikan para jejaka terpikat dengan kaum wanita. Biar apapun status wanita tersebut. Celah mana ada kelompongan, syaitan akan pantas mengambil jalan. Sebab itu soal ikhtilat wajib dititikberatkan. Ia wajib menjadi antara fokus utama dakwah dalam masyarakat, apatah lagi buat mereka yang mempunyai kuasa.

Soal siapa si wanita, itu tidak penting. Berapa umurnya, statusnya, guru, ustazah, apa sahaja. Semua itu tidak menjadi halangan untuk syaitan mencari jalan supaya para lelaki terjerumus ke kancah zina dan maksiat.

Ambillah ibrah dari betapa banyak kisah yang sampai kepada kita.

Ada di antaranya, di peringkat awal langsung tidak pernah suka, bahkan mendabik dada ‘mustahil untuk suka’. Katanya, si wanita tidak cantik rupa. Akhirnya, sedikit demi sedikit syaitan tonjolkan ‘kecantikan’ si wanita, di kala si lelaki lupa bahawa cantik pada wanita bukan semata-mata rupa parasnya. Bahkan antara faktor cantiknya wanita adalah keterampilan dan cara si wanita membawa diri dalam pergaulannya. Cara bercakap, cara senyum, cara memberi respon, cara bertanya dan seribu satu yang lain. Inilah keunikan wanita dan inilah juga lubang-lubang yang di ambil kesempatan oleh syaitan bagi menyesatkan para jejaka.

#Dah baca status ini???apa pandangan kalian??benar bukan??maka AWAS untuk kita semua..SYAITAN AKAN JATUHKAN KAUM ADAM DENGAN CARA LAIN &AKAN JATUHKAN KAUM HAWA DENGAN CARA YANG LAIN..

OLEH ITU TINDAKAN KITA...JAGALAH DIRI ,JAGALAH HATI, JAGALAH PANDANGAN...YANG PENTING MOHON PADA ALLAH AGAR KITA TERPELIHARA...=)

03 Disember 2012

sambungan "implementasi hudud"

ana ingin membawa sahabat sekalian memahami tentang jinayat/jenayah,memandangkan hudud ini termasuk dalam bab jenayah.

Jinayat atau jenayah membawa maksud perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.

Hukuman terhadap penjenayah/pesalah perlu dijalankan.Antara hukuman jenayah adalah hudud.Sebelum ini sudah ana terangkan tentang hudud sedikit sebanyak menyentuh maksud hudud.Sahabat sekalian masih ingat atau belum?semoga kalian ingat..insya'Allah
sekarang ana akan sentuh sedikit tentang hukuman qisas,di'at dan ta'zir.Lebih senang untuk sahabat memahami hudud.

Menurut jabatan mufti negeri Melaka:


Hukuman Qisas

Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.
Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah:
a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.
c) Melukakan orang lain dengan sengaja. Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Surah Al-Baqarah, 2:178)
Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan dilukakan tadi.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Ma'idah: 45)

Hukuman Diyat

Hukuman diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau waris mangsanya sebagai gantirugi disebabkan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya. Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan qisas dan ia sebagai gantirugi di atas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan atau melukakannya.

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman diyat ialah:
a) Pembunuhan yang serupa sengaja.
b) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja).
c) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau waris orang yang dibunuh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab siksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah Al-Baqarah, 2:178)

Hukuman Ta`zir
Hukuman ta`zir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman ta`zir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith.

Hukuman ta`zir adalah dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya dalam mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas kerana kesalahan yang dilakukan itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.

Jenis, kadar dan bentuk hukuman ta`zir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah itu kerana hukuman ta`zir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjenayah-penjenayah mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi dan bukan untuk menyiksa mereka.

ana bawa kes yang boleh disabitkan dengan hukuman hudud.



1.Perempuan-perempuan yang dirogol atau diperkosa oleh lelaki yang melakukan perzinaan dan telah disabit dengan bukti –bukti yang diperlukan oleh syarak dan tidak menimbulkan sebarang keraguan dipihak hakim bahawa perempuan itu dirogol dan diperkosa, maka dalam kes ini perempuan itu tidak boleh dijatuhkan dan dikenakan hukuman hudud,dan ia tidak berdosa dengan sebab perzinaan itu.

2.Lelaki yang merogol atau memperkosa perempuan melakukan perzinaan dan telah sabit kesalahannya dengan bukti – bukti dan keterangan yang dikehendaki oleh syarak tanpa sebarang keraguan dipihak hakim, maka hakim hendaklah menjatuhkan hukuman hudud keatas lelaki yang merogol perempuan itu, iaitu wajib dijatuhkan dan dikenakan ke atas lelaki itu hukuman rejam dan sebat.

3.Perempuan-perempuan yang telah disabitkan oleh hakim bahawa ia adalah dirogol dan diperkosa oleh lelaki melakukan perzinaan, maka hakim hendaklah membebaskan perempuan itu dari hukuman hudud (tidak boleh direjam dan disebat) dan Allah mengampunkan dosa perempuan itu di atas perzinaan secara paksa itu.


02 Disember 2012

Implementasi Hudud

assalamualaikum..
kaifa halukum ya sahabat?
semoga sentiasa berada dibawah RahmatNtya..

Alhamdulillah atas permintaan sahabat ana,
Jari ini mula galak menaip informasi2 tentang tajuk tersebut.
Syukur ana dapat hadirkan diri dalam majlis ilmuan seperti ini..
Satu tajuk yang menjadi isu hangat masa kini..
Mungkin penulisan ana ini ada kekurangan..
Akan tetapi tak salah untuk ana kongsikan apa yang ana boleh simpulkan.=)

Apa perspektif kalian bila baca tajuk ini?Adakah hudud ini satu mitos ataupun realiti ?Apakah hujahnya?Luangkan masa sejenak untuk baca keseluruhan tajuk ini.

Untuk permulaan biarlah ana terangkan apa itu hudud?
Hudud adalah had yang diambil dari perkataan bahasa arab,membawa maksud sempadan atau himpunan atau kumpulan perbuatan yang telah ditetapkan kadar hukumnya.Maksud hudud dalam syariah adalah balasan keseksaan yang telah ditentukan kadarnya mengikut syarak untuk menjaga hak-hak Allah dan hak manusia..

Firman Allah "itulah batasan larangan Allah,maka janganlah kamu menghampirinya.Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa."

Baiklah untuk apa pelaksanaan hukum hudud? setelah faham makna hudud,kita perlu memahami tentang pelaksanaannya berkaitan tujuan hukuman hudud.Antara pelaksanaan hukum hudud adalah:

1.Menjaga manusia dan masyarakat dari membuat kesalahan yang boleh dikenakan hukuman Hudud.
2.Menjaga manusia dan masyarakat dari melakukan sebarang kekacauan.
3.Menjaga manusia dan masyarakat dari tercemar dari melakukan titik-titik dosa.
4.Memelihara maruah dan keturunan.
5.Memelihara dan menjaga akal fikiran,harta benda,dan kekacauan agama Islam dari dicabuli.

untuk pengetahuan sahabat,hudud ini bukan dilaksanakan untuk semua kesalahan yang berlaku,tetapi kesalahan yang dikenakan hukuman hudud hanya 7 ketegori sahaja:

a]zina tetapi perlu melihat kepada syarat-syarat dahulu
b]qazaf yakni tuduhan zina atau fitnah
c]minum arak
d]mencuri
e]murtad
f]hirabah/merompak
g]penderhakaan

..cukup untuk malam ini,insyaAllah ada masa luang,ana akan jelaskan dengan lebih detail..tunggu sambungnya..