Foto GaLeri

Foto GaLeri

09 Julai 2011

...perkahwinan dalam konteks masyarakat..

*      3 HUBUNGAN RUMAHTANGGA DALAM KONTEKS MASYARAKAT

1.       Hubungan rumahtangga dengan jiran tetangga

2.       Hubungan rumahtangga dengan kerabat dan keluarga terdekat

3.       Hubungan rumahtangga dengan masyarakat


HUBUNGAN BERKELUARGA/RUMAHTANGGA DENGAN JIRAN

      *            PENGERTIAN JIRAN

  
                                 i.            Jiran ialah meraka yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang baik sebelah utara/barat/timur/selatan.

                               ii.            Menurut konteks islam,jiran ialah mereka yang tinggal berhampiran rumah seseorang dengan kadar bilangan rumahnya sebanyak 40 buah rumah sekelilingnya.
*
                  GALAKAN HIDUP BERJIRAN


1.       Dapat membantu serta berkenalan antara satu sama lain serta bekerjasama ke arah kebaikan.sebagaimana allah berfirman didalam surah an-nisa:36


وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنً۬ا وَبِذِى ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَـٰمَىٰ وَٱلۡمَسَـٰكِينِ وَٱلۡجَارِ ذِى ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡجَارِ ٱلۡجُنُبِ

وَٱلصَّاحِبِ بِٱلۡجَنۢبِ

 2.       Saranan supaya manusia menjaga hubungan baik sesama mereka.menurut hadis yang diriwayatkan   oleh Imam Al-Bukhari:


“jibril sentiasa berwasiat kepadaku yakni Rasulullah tentang jiran,sehingga aku menyangka mereka akan saling mewarisi.”

3.       Jiran terbahagi kepada 3 jenis :

# Jiran seagama serta mempunyai hubungan kekeluargaan

# Jiran seagama

# Jiran berlainan agama


      *            TANGGUNGJAWAB HIDUP  BERJIRAN

1.       Apabila mereka memerlukan pertolongan hendaklah membantunya sekadar termampu

2.       Apabila mereka meminta berhutang berikanlah

3.       Apabila mereka memerlukan sesuatu/berhajat berikanlah

4.       Apabila ditimpa musibah/kesakitan,maka ziarahlah

5.       Apabila mendapat kebaikan maka ucapkan tahniah

6.       Apabila mendapat kecelakaan atau kesusahan ucapkan takziah

7.       Apabila meninggal dunia iringilah jenazahnya

8.       Jangan menyakiti hati dan perasaan mereka


HUBUNGAN RUMAHTANGGA DENGAN KAUM KERABAT & KELUARGA TERDEKAT

1.       Menjaga hubungan baik dengan kaum kerabat meliputi ibu bapa,adik-beradik,mentua,datuk nenek dan waris terdekat.Surah Al-Nahl ayat 90


إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُ بِٱلۡعَدۡلِ وَٱلۡإِحۡسَـٰنِ وَإِيتَآىِٕ ذِى ٱلۡقُرۡبَىٰ

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat...”


2.       Islam mengharamkan pertelingkahan antara sesama islam,lebih-lebih lagi kerabat seperti adik-beradik.sebagaimana hadis riwayat al-bukhari:


rasulullah saw telah bersabda:janganlah kamu membenci dan janganlah kamu dengki mendengki dan janganlah kamu bermasam muka tetapi sebaliknya hendaklah kamu menjadi hamba allah swt yang bersaudara.dan tidak harus bagi seorang muslim tidak bertegur sapa dengan saudaranya lebih dari 3 hari.”


3.       Berbuat baik dengan mendahulukan saudara yang terdekat daripada orang lain yang tidak mempunyai  hubungan kekeluargaan.surah al-baqarah ayat 177

لَّيۡسَ ٱلۡبِرَّ أَن تُوَلُّواْ وُجُوهَكُمۡ قِبَلَ ٱلۡمَشۡرِقِ وَٱلۡمَغۡرِبِ وَلَـٰكِنَّ ٱلۡبِرَّ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕڪَةِ وَٱلۡكِتَـٰبِ وَٱلنَّبِيِّـۧنَ وَءَاتَى ٱلۡمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ ذَوِى ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَـٰمَىٰ وَٱلۡمَسَـٰكِينَ وَٱبۡنَ ٱلسَّبِيلِ وَٱلسَّآٮِٕلِينَ وَفِى ٱلرِّقَابِ

4.       Rumahtangga yang dibina perlu menjaga hubungan yang baik dengan saudara terdekat dengan cara sentiasa menghormati,menziarahi mereka terutamanya dengan ibu bapa dan mentua.


HUBUNGAN RUMAHTANGGA DENGAN MASYARAKAT

1.       Anggota masyarakat bermula dengan:

a.       Keluarga

b.       Anak

c.       Masyarakat

d.       Negara

2.       Setiap ahli masyarakat dan keluarga mesti membantu ke arah kebaikan dan berusaha mencegah kemungkaran.sebagaimana firman allah dalam surah al-maidah ayat 2

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِ‌ۚ
hendaklah kamu bertolong-tolongan dalam berbuat kebajikan dan bertaqwa dan jaganlah kamu bertolongan dalam melakukan maksiat dan pencerobohan...”


3.       Enam perkara wajib bagi muslim sesama muslim dan masyarakat

a.       Ketika bertemu berilah salam

b.       Apabila dipanggil menyahutlah

c.       Apabila ia meminta nasihat,nasihatilah

d.       Apabila bersin diucap Alhamdulillah,jawablah yarhamukumullah

e.       Bila sakit ziarahi

f.         Bila meninggal iringilah jenazahnya ke kubur

4.       Nabi menegah seseorang dari menyusahkan orang lain apatah lagi masyarakat.Dalam keadaan lain seseorang itu tidak dikira sebagai orang yang mempunyai iman yang sempurna selagi ia tidak mengasihi saudaranya yang beriman.

5.       Semua orang islam dan ahli masyarakat dianggap suatu jasad serta perlu bekerjasama dan bersatu dalam membentuk perpaduan.

6.       Setiap keluarga bertanggungjawab terhadap keluarga mereka dan masyarakat.


 “Bandingkan orang-orang mukmin dalam kasih mengasihi dan sayang menyayangi serta perhubungan mesra antara mereka seperti satu jasad di mana apabila salah seorang anggota mereka merasa sakit beranjak-anjaklah seluruh anggota yang lain,kerana sama-sama menanggung derita……”

1 ulasan:

  1. assalamualaikum...
    asif semua,ana dah taip dalil tapi tak dapat dilihat/dibaca..kemungkinan ada kesilapan sewaktu menerbitkan catatan ini....mohon maaf atas kekurangan ini..

    BalasPadam

terpulang kepada saudara sekalian sama ada mahu mengulas atau memberi komen atau cadangan..