Foto GaLeri

Foto GaLeri

08 Julai 2011

..kata-kata ibu menyedarkan aku..

Bingkisan hatiku bergema
hatiku sayu tatkala terkenangkan waktu kejahilanku
aku seringkali hanyut dalam arus khayalanku
tiada aku peduli kata-kata nasihat dari temanku
tiada aku peduli kata-kata guruku
apalagi ibu bapaku serta keluargaku
aku terus hanyut..
melayari manisnya bercinta
saat itu tiada siapa mampu pisahan kami..
kehangatan cinta itu terus megar
malah semakin megar hari demi hari..
dia untukku dan aku untuknya..
saat itu segalanya manis..
satu saat...
orang mengatakan bahwasanya "bercouple itu haram"
hatiku kekeliruan..
lantas aku tanyakan pada si dia..
jawapannya tidak membuntukan kekeliruan ku..
aku biarkan fikiran dan perasaaan ku dalam kekeliruan..
dan aku teruskan hubunganku bersamanya..
tanpa aku peduli semua itu..
aku bahagia bersamanya..
dia sayang kepadaku begitulah jua aku..
setiaku hanya pada dirinya..
hinggakan hubungan kami semakin mesra..
dalam hangat bercinta..
aku tidak pernah lupa untuk berdoa pada Nya..
agar aku segera diberi petunjuk
mengenai kekeliruan ku..
lama aku berharap padaNya..
aku mengatakan dalam doaku..
"ya allah ya rahman ya rahim,tunjukilah aku jalan kebenaran,
jika perkara ini salah maka katakan lah padaku ianya salah dan
begitulah untuk sebaliknya,ya allah sesungguhnya betapa ramai insan yang mengatakan perkara ini haram di sisi syariatMu..tunjukilah aku adakah ianya benar..
ya rahman ya rahim,sungguh Engkau tahu betapa aku
mengasihi dirinya dan begitu jua dia mengasihiku.
.jika cinta kami ini benar maka aku mohon agar Engkau redhai kami
..jika cinta ini salah di sisi agamaMu maka jauhkan kami berdua..
ya allah aku hanya insan kerdil tidak punya apa,
aku hanya seorang insan hina..ya allah bantulah aku dalam kekusutanku ini
..andai dia jodohku maka satukan hatinya dengan hatiku.
.jika dia bukan maka padamkan api cinta ini dari diriku."
setiap hari inilah doaku..

lantas satu malam..
seperti allah memberikan aku petunjuk kepada kebuntuan ku selama ini.
tergerak hatiku menemui ibu tersayang ku..
aku menanyakan akan perkara ini..
lantas aku mendapat suatu kesedaran..
bertitis air mataku
aku cuba untuk sembunyikan titisan ini dari membasahi pipiku..
ya allah betapa aku selama ini telah melakukan dosa
terhadap diriku..
terhadap agamaku..

kata-kata ibuku masih aku ingat..
ibu berkata padaku..
"ibu tak mahu anak-anak ibu berkasih atau bercinta dengan
 mana-mana lelaki atau perempuan,
ibu tak mahu anak ibu bercouple..berpasangan itu sememangnya
 tidak salah malah di tuntut dalam islam..perkahwinan itu diharuskan bagi sesiapa yang mampu..
diwajibkan bagi mereka yang mampu..
tetapi hidup berpasangan tanpa ikatan/couple itu salah.batapa
banyaknya dosa apabila kita merindu insan yang bukan suami/isteri kita,betapa banyak zina hati yang kita lakukan apabila kita bercouple.."
ibu berkata lagi
"ibu bukan seorang ustazah,ibu tak pandai mengatakan hukum,
tapi ibu cuma mahu berpesan,jauhkan diri kita daripada
 perkara maksiat dan zina..apabila kamu bercouple mungkin kamu masih menjaga diri
agar tidak disentuh tetapi fikirkan apabila usia hubungan kamu
 semakin berlanjutan tanpa ikatan apa-apa,
masihkan kamu mampu menjaga dirimu seperti sebelum ini.
.tidak mustahil kamu boleh melakukan zina melakukan perkara yng terlarang
..ibu tidak mahu anak ibu menyesal atas perbuatannya..
fikirkan keturunan kita akan datang.
.mahukan kamu melihat anak-anakmu melakukan perkara sebegitu
..fikirkan wahai anakku.."
ibu menyusun kata-katanya untuk diriku lagi..
"seorang perempuan maruahnya amat bernilai,orang yang baik untuk orang yang baik,jangan pernah jatuhkan harga dirimu kerana seorang lelaki.
jadilah seperti mawar berduri..walau kamu sering menjaga auratmu namun apakah kamu tahu bagaimana kamu akan datang tanpa pengawasan dari keluargamu.."
hatiku tersentuh akan kata-kata ibu..
ibu banyak memberikan aku nasihat..
masih banyak kata-katanya padaku..
satu ayat yang masih aku ingat
"ibu takkan pernah redha kalau anak-anak ibu bercouple......"
lantas aku teringatkan satu pepatah arab
"keredhaan allah terletak pada keredhaan ibu bapa"
aku menangis....
menyesali kesilapanku selama ini..
aku bersyukur kerana allah masih sayangkan aku
allah masih ingatkan aku
sebelum segalanya terlambat..

3malam selepas itu..
aku mengagahkan diriku
mengatakan perkara ini pada si dia..
segalanya aku terangkan..
apa yang aku mahu hanya REDHA IBU BAPA ku..
baharulah aku peroleh redha allah..
tiada sahutan dari si dia..
aku cuma berdoa agar dia memahami ku..

sehingga hari ini..
hidupku amat bermakna..
aku sentiasa dahagakan cinta ILLAHI..
tak pernah aku lupa untuk mendoakan moga dia jua melakukan perkara yang sama seperti ku..
aku pahatkan dalam hatiku..
bahawa aku akan teruskan usaha ku untuk
mencari keberkatan dalam kehidupan ku
kini aku dapat merasakan
bahawa hidupku tenang...
tidak seperti dulu..
benarlah kata teman-temanku,guru-guruku
dan kata-kata dari keluargaku,,
di suatu masa dahulu..

ya allah..
sesungguhnya aku bersyukur
kerana di kurniakan teman-teman
yang memahami ilmu agama
dan aku tidak pernah putus-putus untuk bertanyakan
perkara berkaitan hukum sekiranya aku tidak tahu..
banyak musyawarah aku lakukan
bersama teman-temanku..
bertapa aku kini telah berubah..
semuanya kerana ibu ku..
kerana allah telah menjawab doa-doa ku..
satu ayat yang aku
jadikan sebagai pegangan masih kukuh terpahat dalam hatiku..
"insan yang terbaik akan hadir apabila diri kita menjadi yang terbaik..."

ya allah..
semoga Engkau terus memanduku
ke jalan Mu..
sedarkanlah aku pabila aku kekeliruan dan kekusutan..
tatkala aku melakukan dosa
segerakan lah timbul kesedaran dalam diriku..
ya allah..
hangatkan aku dengan cinta Mu...
semoga aku terus mencintaiMu..




1 ulasan:

  1. assalamualaikum..
    apa yang ana kongsi ini merupakan satu cerita yang benar.semoga menjadi iktibar kepada semua sahabat..moga allah merahmati kita semua,,setiap insan pernah melakukan kesilapan dalam kehidupannya..apabila kita mengetahui kesilapan itu,segeralah kembali pada yang Maha Esa...=)

    BalasPadam

terpulang kepada saudara sekalian sama ada mahu mengulas atau memberi komen atau cadangan..