Foto GaLeri

Foto GaLeri

10 Jun 2011

..Imam Muslim dan Imam Bukhari..

assalamualaikum muslimin dan muslimat sekalian...moga2 hari ini antum semua berada dalam rahmat allah taala.okey lah hari ini kebetulan ana baru shj selesai tugasan cuti sekolah untuk subjek usuluddin..so,untuk rehatkan minda ana nie,tak salah lau ana nak share something ngan antum semua tentang imam Bukhari dan juga imam Muslim secara ringkas2 jer..sekurang2 nya ilmu yang baru ana dapat nie dapat juga bagi manfaat untuk antum semua apa lagi kalau antum nie student pra u yang ambil subjek usuluddin..

sahabat2 yang dikasihi sekalian...

firstly,ana perkenalkan sedikit latar belakang tokoh kita nie..Imam Al-Bukhari ataupun nama sebenar beliau nie Muhammad bin Ismail bin Ibrahim al-Ju'fari.beliau nie dilahirkan pada tahun 194 Hijrah di wilayah Bukhara.beliau meninggal dunia pada tahun 256 Hijarah ketika usianya 62 tahun.beliau nie digelarkan sebagai seorang Imam dlm bidang hadis kerana kebolehan beliau mengingati dan menghafaz hadis.beliau mempunyai daya ingatan yang kuat.beliau ini sangat dipercayai ataupun thiqah..secondly,Imam Muslim atau nama asal beliau ialah Abu Husain Muslim bin Al-hajjaj yang mana dilahirkan dalam tahun 204 Hijrah.beliau meninggal dunia dalam tahun 261 hijrah ketika usia 55 tahun.selain beliau seorang Imam dalam bidang hadis beliau juga seorang yang thiqah seperti Imam Bukhari juga.

okey lah sekarang bila kite dah kenal tokoh kite nie..jom kite berkenalan dengan kaedah penyusunan kitab-kitab mereka dengan satu persatu..

1)kaedah penyusunan kitab Sahih Bukhari..
-menyusun kitabnya dalam keadaan yang suci daripada hadas
-memasukkan hadis sesudah solat sunat hajat dan solat sunat istikhrah
-menyusunnya dalam jangka masa 16 tahun
-memasukkan sebanyak 9082 buah hadis dari 600 000 hadis yang dihafaznya
-membahagikan kitabnya dalam tajuk dengan istilah kitab yang mengandungi bab-bab sebanyak 3450 bab..
-memulakan dengan bab al-Wahyu dan disudahi dengan bab tauhid
-hanya memasukkan riwayat dari perawi yang thiqoh sahaja dan thabit yakni pasti bersambung sanad antara perawi.
-mengulang-ulang hadis dengan berbagai sanad
-hanya hadis sahih sahaja terdapat dalam kitabnya.
-mendapatkan pengesahan daripada kalangan ulama'
-setiap hadisnya diikuti dengan hadis-hadis lain di dalam terjumah sebagai syahid kepada hadis sahihnya.
-mana2 hadis yang kurang sahih akan diikuti dengan hadis lain yang mana boleh mengukuhkan dan menjadi saksi kepada hadis tersebut.

2)kaedah penyusunan Sahih Muslim
-memastikan hanya hadis sahih sahaja yang dicatatkan di dalam hadissahihnya itu.
-menyusun dengan 54 buah kitab yang mengandungi 7275 buah hadis dari 300 000 buah koleksi hadisnya.
-memulakan kitabnya dengan sesuatu pendahuluan yang menyatakan matlamat penyusunannya disertai dengan huraian syarat periwayatannya.
-mempelbagaikan hadis dengan sanad2 yang berbeza di sesuatu tempat yakni bab ataupun perbahasan
-tetap memegang prinsip hanya perawi yang thiqoh dan bersambung sanadnya sahaja yang hadisnya boleh dimuatkan didalam sahihnya.
-berpendapat bahawa seseorang perawi yang meriwayat sesuatu hadis perlulah hidup sezaman dengan gurunya walaupun mungkin tidak bertemu.
-tidak mengulangi sesuatu hadis walaupun di tempat-tempat yang berlainan.
-Imam Muslim tidak melakukan pembuangan sanad sesuatu hadis di sepanjang penulisannya,

alhamdulillah sekrang serba sedikit antum pun dah tahu..insyaallah lain waktu ana akan share lagi...ok..

wassalam..

04 Jun 2011

..uNtuKmu saHaBat..

assalamualaikum..
semoga video ini memberikan suntikan rasa di hati sahabat2 sekalian..
ini video first ana buat..sebarang kekurangan antum semua boleh komen menerusi emil ana beralamat nawwar_miftahul07@yahoo.com.boleh juga komen melalui facebook ana juga menggunakan alamat emil yang sama seperti yang tertera.salam permissi dari ana..ma'a taufiq wan najah..