Foto GaLeri

Foto GaLeri

27 Januari 2013

Terasing



Hati hiba tatkala asing di kalangan mereka..
Setiap kali mereka perlukan bantuan,
akulah yang pertama mereka cari..
Tatkala mereka punya masalah,
akulah yang pertama menjadi tempat luahan..

Namun kini..
Pabila semua sudah melangkah ke dunia lain..
Aku disisihkan..
Langsung mereka tidak mengendahkan aku..
Dahulunya mereka katakan
''kita bersahabat susah senang bersama''
Tapi..
mana mereka tatkala aku di alam keperitan??


Aku di tinggalkan jauh dari kalangan mereka..
Tiap kali aku cuba mencari mereka
tentu sahaja alasan yang mereka berikan..
dahulunya 
mereka tidak seperti ini..
Tapi..
mengapa kini berubah segalanya..

Pabila ku hampiri mereka..
mereka menjauhkan..
aku keliru tanpa kata..
apa silap ku??
segalanya sudah aku korbankan untuk mereka..
masaku,wang ringgit,tenagaku,sayangku..
segalanya ku berikan..
tidak cukupkah lagi??

fikiranku mulai ligat..
memikirkan apa kekhilafanku...
terkadang terfikir aku seperti dipergunakan..
mengapa begitu??..
biarlah menjadi rahsia naluri ku..
hanya ALLAH sahaja tahu..

biarlah kesedihan dan keperitan ini
aku seorang diri menanggungnya..
mereka tiada..
aku masih mampu berjaga..
kerana aku tahu aku bukan sendirian..
aku masih ada ALLAH...
masih ada keluarga..
masih ada yang sudi bersama denganku..

sungguh terasing di kalangan mereka..
mana mereka yang dahulunya
sering bersamaku..

kini aku ketahui...
satu kebenaran yang pasti tiada mengetahuinya..

jika mereka bersahabat denganku
hanya kerana kesenangan yang ada padaku...
mereka telah dapat kesenangan itu..
namun mereka tidak miliki kesenangan itu selamanya..

jika mereka bersahabat denganku..
hanya kerana pangkatku..
mereka telah dapatnya..
namun mereka tidak ketahui dari mana datangnya pangkat
jika bukan dari kepercayaan..

jika mereka bersahabat denganku
hanya kerana aku dikenali..
ya mereka telah dapatkannya..
namun mereka tidak miliki perjuangan..

segalanya ALLAH tentukan..
aku redha segalanya..
mungkin hari ini aku terasing..
apa yang pasti..
ALLAH tidak pernah mengasingkan aku..
selagi mana aku terus
usaha menjadi yang terbaik untuk agamaku..
biarlah di perlakukan sedemikian..
ALLAH sentiasa ada untukku..




22 Januari 2013

Alahai Purdah/Niqab



Assalamualaikum akhawat yang dicintai..

Hari ini ana nak share something tentang berpurdah/berniqab.
Akhawat yang tersayang sekalian.
Islam bangga bila setiap penganutnya beramal dengan sesuatu setelah memahaminya dengan dalil dan hujjah. Islam juga bangga jika setiap muslimahnya beramal dengan sesuatu semata-mata menurut kehendak Allah dan rasulNya, bukannya kerana bertaqlid buta pada amalan orang lain.Di sini ana mahu share apa yang ana ambil dari blog sahabat kita ini...cuba akhawat sekalian baca dan fahami..
*******************************************************************************************
Alhamdulillah, saya menemui tulisan yang amat baik mengenai rasional berpurdah dari saudara seislam dari tanah seberang, Indonesia. Walaupun Ummu Ashhama Zeedan menulis dalam suasana yang berlaku di Indonesia namun realitinya, cabaran yang sama dihadapi oleh para muslimah yang mencari sedikit bahagia dengan berpurdah di Malaysia.


Saya hanya sempat melihat rujukan asal Tafsir Al-Tobari dan kitab Al-Umm seperti yang dikemukakan di dalam tulisannya di bawah ini. Benarlah apa yang dicatatkannya. Kitab-kitab lain yang disebutkan juga sebenarnya tidak asing di kalangan pelajar aliran ugama di Malaysia.


Saya merasa terpanggil lagi untuk memaparkan hujjah ulama mengenai hukum berpurdah setelah diasak dengan pelbagai soalan dari para akhawat/muslimat sama ada di dalam blog ini, melalui email dan juga mesej di Facebook. Untuk lebih memahami pada permasalahan cabang hukum, maka perkara pokok haruslah dipelajari dan difahami terlebih dahulu.


Ada yang bertanya bolehkah pakai purdah on-off (apa yang dimaksudkan on-off itu sebenarnya ya…) , bolehkah bergaya meskipun berniqab, bolehkah pakai untuk ke program tertentu sahaja, bagaimana mahu disesuaikan dengan pekerjaan dan sebagainya.


Jadi untuk kesekian kalinya, fahami terlebih dahulu rasional di sebalik hukum berpurdah sebelum beramal dengannya. Bacalah juga perbahasan yang mengatakan purdah itu tidak wajib di dalam mana-mana buku yang berbicara tentang hijab. Setelah meluaskan pembacaan dan melihat pro kontra antara keduanya, baru buat pilihan yang sesuai dengan kefahaman dan keperluan diri.


*****************************************************************************************************************************


Jelas bukan?Selaku muslimat juga,ana berkeinginan untuk turut memakainya cuma belum cukup ilmu tentangnya lagi.Bukan tidak memahami hukum berpurdah/berniqab ini.Ana cukup memahami.Cuma melihat keadaan di persekitaran ana sendiri,ana cukup terkilan apabila berpurdah atau berniqab itu hanya fesyen bukan lahir dari hati yang mahukan perubahan dalam diri.Ayuh akhawat ku tercinta,jangan memakai purdah atau niqab ini semata-mata mahu tarikan.


Hati ini runtuh wahai akhawatku..setelah ana melihat kalian di facebook/twitter atau mana-mana laman sosial antunna semua berkongsi gambar2 kalian untuk tatapan awam.Terus ada komen dari friends yang mengatakan antunna cantik berpurdah,lantas komen itu antunna balas dengan kata-kata seperti "ye ke" /"eh mana ade cantik,biasa shj..ciptaan Allah"/"cantik ke?"..Masyaallah,apa ini?..Kalian tahu atau tidak,cara kalian reply itu sudah menunjukkan keburukkan di mata mereka yang berpenyakit hati didalamnya.Bukan sahaja ana melihat pada komen2 di gambar malah ana melihat banyak salah faham orang luar terhandap antunna yang berpurdah ini.Sayu jiwa ana..


Di bawah ini ana titipkan satu coretan dari saudara kita,luahan hati dia.Mungkin bahasa yang digunakan amat kasar,tapi ambillah ia sebagai pengajaran.Di sini ana edit juga ya..
**************************************************************************
Gadis berniqab alahai gadis berniqab...
Bila saja saya dah mula aktif dalam blogging dan fb, nah...banyaklah ayat yang timbul.
Antaranya :
"Kau tak payah nak tunjuk terra sangat dgn bangga couple. Mak ayah bagi duit gi belajar, tapi sibok nak bercinta. 
"Ana tak gemarlah lihat lelaki indonesia mesej inbox ana....itu ini. Tolong ambil perhatian, ana ni orang Malaysia. Dan ana tak minat nak berkawan dengan lelaki."
"Dimanakah kamu wahai bakal imamku. Aku setia menanti untuk menjadi pemilik tulang rusukmu...bla bla bla..."
Dan banyak lagi.......
Allah...Allah...Allah wahai Muslimah-Muslimahku Sayang...rasa nak menitik airmata membacanya. Rasa macam kena tampar berulang-ulang kali bila membacanya di facebook keluar di halaman utama. Saya nak ungkapkan rasa ini, tapi saya mohon maaf berulang kali saya tahu saya tidak layak menegurnya. Tapi, MALULAH PADA DIRI SENDIRI......
1. wajarkah seorang niqabis meggunakan 'bahasa kasar' untuk menegur orang? Inikah bahasa paling sopan? Inikah tegur paling berhemah? Janganlah niqabis....takkan ini pun nak kena ajar....bukan ke awak ni masyarakat anggap buku bergerak? Allah...Allah...Allah.....
2. Macammana niqabis boleh kata tak gemar....sedangkan kalau tak di add, mana datangnya lelaki-lelaki ini??? Kalau tak diprivate inbox tu, mana datangnya mesej-mesej ini. Ini baru betul stupid....stupidkan diri dihadapan ajnabi, saudara mara, sahabat handai, rakan fb....
3. Come onlah...bakal imam kamu tengah sedap main game PES 2012. Perlu ke nak cerita kat fb? Minta maaf saya nak tegur ni, zauj saya sendiri dengan rasa malu beritahu saya dia berasa zaman ni gadis niqabis macam muka tak tahu malu. Sampaikan takde rasa malu segan silu nak bercerita kat org bahawa kamu gadis berniqab dah sangat-sangat nak bersuami tapi takde yang berani nak pinang. TOLONG KAWAL NAFSU. TOLONG MALU DENGAN KAIN YG TUTUP MUKA KAMU....
Psstt..ada tambahan. Saya lihat dah ramai niqabis yang baru berniqab dengan tanpa segan silu memegang tangan abg angkat/bf/tunang dan bergambar malah berbangga menayang gambar tu. Ada pula siap bersayang abg cinta mati tak sanggup hidup mati tercekik buah durian kalau takde kamooo....saya baca rasa nak muntah hijau. Kalau dah macam tu, dengan segala hormatnya dipersilakan tanggal niqab. Anda belum istiqomah memakainya. Sekian.

********************************************************************************
2 perkongsian yang ana bawa dalam entry ana hari ini.Mungkin ada sahabat yang tersinggung atau marah atau apa sahaja.Namun ingatlah satu ayat ini "siapa makan cili dia terasa pedasnya".Jika kalian bukan dari kalangan orang yang disebut dalam contoh2 entry ini,kalian jangan khuatir,berbahagialah kerana kalian sudah terpelihara istiqamah ini.Sekiranya kalian berada dalam kalangan seperti contoh entry itu,maka kalian harus segera perbaiki diri ke arah yang lebih baik.Bukan apa,kalian akan sering dibandingkan dengan orang yang tidak menutup aurat dengan sempurna.Percayalah..ana juga ada sahabat.Sedikit ana ceritakan di  sini supaya kalian tidak tersalah anggap.
sahabat ana ini,ana namakan dengan si B.Pada satu saat si B melihat sahabat yang berpudah ini bercouple,mengupload gambar2 di laman sosial,lantas si B ini maklumkan kepada ana.Ayat si B 
 si B:"ahh tak ada beze pun ko ngn aku.harap pakai purdah je tapi perangai lebih kurang macam orang yang tak tahu hukum je..Ak tak sek agama pun,takde lah bangge upload gmbar."
ana : "kenapa ko cakap macm tuh?tak baik lah judge orang darii luar je,Ok lah berpurdah" [ana cuba untuk pertahankan,in the same time nak tengok macam mana pandangan Si B ni]
si B : "bagus ape nye,dulu ak respect orang macam ni tau,bile pkai mmg jage satu persatu..bahasa2 pun sejuk hati ni dengar..tapi sekarang,ak kurang respect pda orng bpurdah tapi x tahu jage diri,mulut..masyaallah leser"
terperanjat ana mendengar ayat sebegini.Tidakkah kalian terasa??..tentu terasa bukan..ini pandangan mereka..
cukupah ana coretkan perkongsian tentang ini.Ana harap entry2 ana hari ini dapat membuka minda sahabat sekalian.ana juga tidak sempurna,terlalu banyak kekhilafan diri.Tapi apayang kita semua mampu cumalah satu perkara sahaja iaitu "BERUSAHA UNTUK PERBAIKI DIRI,KATA ORANG JADIKAN IKTIBAR DALAM USAHA UNTUK TERUS ISTIQAMAH DENGAN DIRI"

maaf ana hulurkan jika ada bicara yang keterlaluan atau apa sahaja.."buang yang keruh ambil lah yang jernih"
wallahualam





20 Januari 2013

Berbaktilah kepada orang tuamu..


hati pilu m'dgar rintihan rasa seorang ibu dan seorang bapa.yg
tinggalkan anak kandung mereka kerana k'engganan utk m'jaga cucu..bkn
d'sbb kn ibu bapa ini tdk syg kpd ank srta cucu mrka,ttp
krn ibu bapa ini sdh b'usia snja...fktr ksihtn m'jadi p'hlng
mrka utk trus m'jaga cucu t'syg mrka...ttpi malangnya ibu
bapa ini ,apabila dimarahi oleh anak mereka sendiri..bukan sahaja dimarahi akan
tetapi anak ini mengungkit perkara yang mengguris hati ibu bapa...sehingga
sekarang anak tersebut langsung tidak mengendahkan ibu bapanya apatah lagi
untuk menjaga ibu bapa yang sedang sakit.menziarah sahaja tidak mahu...hati
ibu terguris.dek kerana tingkah laku anak ini..ibu menitiskan air mata tanpa
hnti siang,mlm..m'mfkan tingkah laku anak yang membuatnya terguris
hati..ayah t'lantar sakit menangis t'ingtkn anak cucu..mharap agar saat-saat akhir hytnya d'tmni
anak cucu.harapan hanya lah sia-sia.anak cucu tdk prnh m'jjakkan kaki di rumah itu lagi.p'belanjaan ibu bapa ditarik
balik.menyebabkan ibu bapa t'paksa bkerja utk menyara khdpn mrka
sharian.beginikah sikap seorang anak terhadap ibu bapa mereka?ibu
dan bapa boleh menjaga nak yang ramai tetapi anak yang ramai tidak boleh
menjaga ibu dan bapa.melalui apa yang diperkatakan di atas jelas sekali dapat kita
lihat seorang anak tidak berbuat baik terhadap ibu dan bapa mereka..anak ini
memaki dan mengungkit segala apa yang pernah mereka berikan kepada ibu bapa
mereka...sesungguhnya perbuatan tersebut adalah menderhaka kepada kedua ibu
bapa..  
agama islam menyeru kepada setiap umatnya supaya berbakti kepada ibu bapa
mereka.ini adalah kerana:

  1. daripada merekalah kita dilahirkan
  2. kedua ibu bapa telah menaruh sepenuhnya
         kasih sayang dan telah mencurahkan segala tenaga untuk kebaikkan
         anak-anak..
  3. ketika masih kecil,merekalah yang
         memelihara dan menanggung kesusahan untuk membesarkan kita...
begitu besar bakti ibu bapa terhadap anak-anak..akan tetapi sedikit sekali anak-anak
berbakti kepada ibu bapa mereka..anak-anak kebanyakkan sekarang lebih gemar
menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan orang-orang tua..sudah tentu ibu
bapa berasa sedih kerana dihantar oleh anak2 ke tempat yang sebegitu apabila
umur mereka senja dan apabila mereka memerlukan kasih sayang sepenuhnya drpd
anak-anak mereka untuk menjaganya ketika mereka berusia begini...apakah hukum
mentaati ibu dan bapa??apakah hukum menderhaka kepada ibu dan bapa???

kewajipan dalam mentaati kedua ibu bapa ini bergantung selagi mereka tidak menyuruh melakukan maksiat kepada allah taala..manakal orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapa akan dibalas dengan azab yang pdh jelaslah bahawa perbuatan anak terbabit amat salah di sisi agama islam...bahkan agama2 lain turut menyuruh penganutnya agar tidak mengabaikan ibu bapa mereka...sampai di sini sahaja renungan ini.
wallahualam.....

19 Januari 2013

Tentang Cinta


Bicara tentang cinta insani..
Cinta itu adalah fitrah setiap insan.
Tapi jangan kerana ikutkan fitrah cinta itu,timbul fitnah tentang cinta.
Teringatku satu riwayat dari Abu Darda,
"Cintamu kepada sesuatu membuatmu buta dan tuli..".
Benar cinta mampu membuat kita buta.
Buta untuk melihat kebenaran,buta untuk melihat kesilapan,buta untuk menilai keikhlasan..
Benar cinta membuatkan kita tuli.
Tuli kerana tidak endahkan seruan utama,yakni ad'din.
Tuli kerana asyik bergayutan dan mesej dengan kekasih hingga keluarga diketepikan..
Tuli untuk mendengar kata nasihat .
Terlau banyak perkara yang membuatkan kita tuli dan buta apabila cinta insani diutamakan.

Kerana cinta itu satu fitrah,maka kerana itulah Allah taala menciptakan kaum Hawa.
Seindah hiasan itu adalah wanita.Seindah hiasan itu adalah wanita solehah.
Ku pegang satu riwayat dari Bukhari,Muslim,Tirmidzi dan Ibn Majah tentang wanita,
"Rasulullah saw bersabda:tiadalah aku tinggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita".

Untuk menyalurkan cinta,islam dengan indah mengajar pelbagai cara.
Islam tidak akan benarkan saluran cinta dicemari debu-debu kemaksiatan.
Saluran cinta yang diajar dipenuhi dengan sinar sesucinya jauh dari kegelapan.
Sebab itu islam menjaga batasan pergaulan antara ikhwan dan akhwat.
Ya,memang benar kita sosial,tetapi sosial kita biarlah dalam keadaan menjaga ikhtilat.
Salah satu cara untuk menjaga ikhtilat ini dari tergelincir ke lembah kegelapan
hanya melalui ikatan pernikahan.
Cara ini lebih tepat agar segalanya berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.

Cukuplah sekadar ALLAH taala dalam hati.
Maha suci Allah lebih memahami hati ini berbanding insani.
Dapatkan cinta ALLAH terlebih dahulu
Barulah kita mendapat cinta manusia..
Selagi ALLAH tidak diutamakan
Selagi itu kita tidak akan mendpat cinta suci manusia...
Percayalah..