Foto GaLeri

Foto GaLeri

25 Januari 2010

EPILOG SEORANG SAHABAT

EPILOG SEORANG SAHABAT


Duhai sahabatku permata hatiku

Bermulanya satu detik pertemuan
Sebuah ikatan ukhuwah terjalin

Terciptanya sejuta kenangan yang terindah
Bersyukur ku ke hadrat ILLAHI
Di atas jalinan yang suci ini

Sahabatku yang budiman
Hargailah sebuah ikatan yang telah kita jalinkan
Kerna ikatan ini hanya akan wujud dalam
Dalam ingatan serta hati kita sahaja
Ia tidak akan pernah berulang kembali
Sayangilah perkenalan kita
Kerna di situlah kemesraan kita tercipta
Kenangilah perhubungan kita
Kerna ia satu keindahan hakiki
Hargailah ia kerna irtu adalah rahmat tuhan

Duhai sahabat
Berilah penhargaan tatkala kita bersama
Cintailah dan sayangilah persahabatan kita
Pohonlah kemaafan andai ada yang terluka
Rinduilah apabila berjauhan
Fahamilah diri tatkala berprasangka
Semuanya perlu kita ingat
Kerna allah kasih kita tercipta

Duhai sahabat sejatiku
Pertemuan antara kita sudah di takdirkan tuhan
Kini perpisahan antara kita di ambang penantian
Masih sempatkah kita untuk melakar kenangan
Agar menjadi memori kita yang tercipta
Ku hadiahkan lambaian tanganku
Sebagai tanda selamat tinggal padamu
Apa yang ku harapkan
semoga perpisahan kita tidak menjauhkan hubungan kita
Sebagai sahabat selamanya..



ini merupakan kata-kata yang ana petik daripada beberapa buah buku yang pernah ana baca suatu ketika...daripada beberapa kata-kata ini ana gabungkan  menjadi satu..yang kiranya boleh kita semua amati setiap kata-kata yang penuh dengan hikmat ini....insyaallah...

wassalam

09 Januari 2010

catatan ini adalah hasil daripada pembacaan ana dari buku-buku yang berada di pasaran terkini...jua hasil daripada ilmu yang ana pelajari dari orang yang lebih berpengetahuan dan lebih mengetahui daripada ana...semoga apa yang tercatit ini dapat memberi manfaat pada diri kita semua terutamanya....diriku yang lemah ini....

TANGGUNGJAWAB SEORANG MUSLIM

seorang manusia adalah pemimpin...setiap manusia adalah pemimpin....sabda rasulullah saw:"ketahuilah semua manusia adlh pemimpin dan bertanggungjawab terhadap kepimpinan meraka...ketua atau pemerintah bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyatnya..bapa atau suami sbg ketua keluarga brtggjwb terhadap keluarganya....ibu atau isteri brtggjwb mengurus hal ehwal rmh tngga dan keluarga...manakala pekerja brtggjwb terhadap keselamatan harta benda majikannya..."
`oleh itu wajiblah setiap umat islam dlm menunaikan tanggungjawab..ini berdasarkan dalil kewajipan menunaikan amanah didalam surah an-nisa ayat 58:"sesungguhnya allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kpd ahlinya apabila kamu menjalankan hukum antara manusia...allah menyuruh kamu menghukum dengan adil..sesungguhnya allah itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu...sesungguhnya allah sentiasa mendengar lagi maha melihat..."
   kelebihan jika seseorang bersifat amanah adalah:
  1. sifat amanah mengambarkan kesempurnaan iman
  2. org yg amanah akan sentiasa dihormati oleh masyarakat
  3. sifat amanah menjamin keharmonian msyrkt
  4. org yang amanah akan melaksanakan tugas dengan produktif
  5. org yang amanah adlh aset kemajuan dan pembangunan negara...
betapa besarnya kelebihan yang kita peroleh jika kita bersifat amanah...oleh itu setiap manusia mempunyai tanggungjawab yang mesti di laksanakan...kita juga perlu menunaikan tanggungjawab dengan sempurna...yang penting lakukan amanah ini dengan niat hanya kerana allah...jauhilah diri kita daripada riak...semoga allah melindungi diri kita hamba2 nya....insyaallah...

wassalam.....

07 Januari 2010

mEngubaH cIpTaan aLLah....

didalam hadis riwayat muttafakun alaih yang berbunyi...
"daripada ibnu mas'ud katanya,sabda rasulullah saw:allah melaknat perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu,yang mencukur alis,yang menjarangkan gigi untuk kecantikan,yang mengubah ciptaan allah taala.."

sebab wurudnya hadis ini perlu diperjelaskan di sini untuk pengetahuan semua..wurudnya hadis ini adalah:saiditina aisyah meriwayatkan bahwa seorang perempuan ansar telah berkahwin dan dia telah menghidap suatu penyakit sehingga telah gugur rambutnya.oleh itu keluarganya telah bercadang untuk menyambung rambutnya(rambut palsu),tetapi terlebih dahulu mereka bertanya pendapatb rasulullah saw tentang cadangan mereka tersebut..lalu rasulullah saw bersabda:"allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan yang meminta di sambung rambutnya.."

menurut sabda baginda rasulullah saw itu jelas mengatakan bahawa larangan mengenai perbuatan menyambung rambut atau lebih dikenali dengan "rambut palsu"..sememangnya perhiasan perempuan yang diharamkan oleh islam samaada rambut itu asli atau palsu..larangan itu juga termasuklah memakai wig,menanam rambut di kepala dan sebagainya..mengapa islam melarang perbuatan ini??untuk informasi semua...pengharaman itu adalah kerana ia merupakan salah satu daripada bentuk penipuan dan pemalsuan sedangkan islam melarang keras perbuatan tersebut..rasulullah pernah bersabda:"sesiapa yang menipu kami bukanlah dari golongan kami"..renungkan lah..tetapi sayang saribu kali sayang...sabda nabi saw kurang dihayati oleh umat islam samaada tua atau muda..jika dilihat pada zaman ini,ramai golongan yg mrupakan umat islam melakukan perbuatan menyambung rambut ini..jelas-jelas dapat kita lihat segolongan besar artis2,menteri2 dan rakyat negara malaysia ini memakai rambut palsu..mereka tidak tahu yang mana dosa dan yang mana pahala..hadis di atas telah mengatakan bahawa allah melaknat perbuatan menyambung rambut atau memakai rambut palsu...tetapi mengapa umt islam tdk meneliti hal ini..mungkin saja mereka tidak mengendahkan isu yang di anggap remeh ini...di sini saya nyatakan pendapat ulamk tentang hukum menyambung rambut...

menurut mazhab shafie menyambung rambut dengan rambut anak adam adalah haram secara mutlak.adapun menyambung dengan selain drpd rambut anak adam maka hukumnya terbahagi kpd 3 bahagian iaitu:
1)haram jika disambung itu najis
2)jika disambung dengan barang yang suci hukumnya adlh haram jika wanita itu tdk bersuami..
3)jika wanita itu bersuami halal dengan keizinan suami dan haram tanpa keizinan suami..

akhirnya ingin saya nyatakan juga bagaimana cara ulmk mengistinbatkan hukum menyambung rambut ini..penggunaan perkataan "لعن"dlm hadis diatas menunjukkan suatu larangan yang pasti terhadap perbuatan menyambung rambut.perkataan tersebut menunjukkan rasulullah saw melaknat perbuatan tersebut...

jadi jelaslah di sini bahawa setiap perkara yang di laknat oleh rasulullah saw menbawa hukum haram..semoga apa yg dinyatakan ini bisa memberi sedikat pengetahuan kpd kita semua..sesungguhnya yang baik itu dtgnya dr allah taala dan yang lemah itu adalah dtg dr diri sy sendiri...jka saudara punya penambahan bolehlah memaklumkan kpd sy melalui ulasan..sesungguhnya besar ertinya jika ada saudara bersama2 berkongsi ilmu ini...

wassalam...

04 Januari 2010

mukJizaT aL-quRan

terdetik di hati ana untuk mencoret mengenai mukjizat al-quran...kelebihan yang terkandung didalam surah-surah cukup hebat dan cukup besar serta cukup indah untuk diperkatakan..alhamdulillah..syukur pada allah kerna hari ini ana mampu untuk menyingkap kelebihan salah satu surah didalam al-quran..surah yang dimaksudkan adalah surah al-waqiah..
sungguh indah bahasa yang digunakan...menggamit hati ini..ingin ana jelaskan di sini bahawa surah ini berhubung erat dengan rezeki seseorang..mengapa ana memperkatakan hal sebegini??biarlah ana berterus terang kerna ana khuatiri sahabat-sahabat sekalian tersalah anggap mengenai apa yang telah ana perkatakan ini..
sesungguhnya ana pernah mendengar kata-kata daripada ustazah yang mengajar ana pendidikan al-quran dan as-sunnah akan perhubungan antara surah al-waqiah ini dengan rezeki..kata ustazah ana,"jika mahu menjauhkan diri daripada kekafiran maka bacalah surah al-waqiah ini setiap malam..insyaallah rezeki kita dipermudahkan allah.."begitu ungkapan yang sering menjadi ingatan ana sehingga hari ini..sungguh tidak ana sangkakan bahawa apa yang dikatakan ustazah ana memang benar..mengapa??kerna ana merasakan bahawa rezeki ana begitu luas..walau ana tidak punya wang yang mencukupi untuk menampung keperluan diri ana sendiri tetapi rezki ana ada di mana-mana sahaja..alhamdulillah...jika kita ikhlas melakukan sesuatu demi allah maka ganjaran yang kita dapat cukup besar dan lumayan..bukan ana mengatakan bahawa ana ini alim..tidak...ana adalah insan yang sering melakukan kesilapan dan ana sama seperti insan yang lain..
didalam satu hadis ada mengatakan,:"sesiapa yang membaca surah al-waqiah setiap malam maka dia pasti tidak akan mengalami kefakiran,"(hadis baihaqi daripada ibnu mas'ud)berdasarkan hadis ini maka jelaslah keistimewaan yang terkandung didalamnya..setiap surah yang terdapat didalam al-quran punya kelebihan yang tersendiri..terserah pada individu muslim untuk menggunakan kelebihan ini..
untuk lebih memahami apa yang terkandung didalam surah ini,maka kita perlu mengetahui intisari ayat yang terdapat dalam surah ini..kerana ia lebih mudah untuk kita memahami apa yang terkandung didalam surah ini..dan dapat memberikan kita pedoman dalam kehidupan..lebih baik juga kita mengetahui ashabul nuzul ayat ini..yakni sebab-sebab penurunan surah al-waqiah ini..
mari bersama kita singkap intisari ayat ini..agar yang buntu kian tahu..di sini ana petik ayat 1-11 surah al-waqiah..(sila rujuk tafsir/al-quran untuk mengetahui ayat)...dalam ayat ini mengatakan bahawa hari kiamat ialah hari yang dijanjikan allah dan pasti akan berlaku.pada hari kiamat manusia terbahagi kepada tiga golongan iaitu "ashabul syimal',"ashabul yamiin,"al-muqorobuun.."allah taala akan memberi balasan kepada setiap makhluk pada hari kiamat kelak..ini adalah diantara intisari yang terkandung dalam ayat ini..semoga menjadi pedoman buat diri..
inilah antara kelebihan surah ini..ia menjelaskan mengenai perihal hari kiamat..apabila kita membaca dengan penuh penghayatan disamping mengetahui makna ayat-ayat tersebut maka kita dapat menghayati surah ini dengan baik..apatah lagi jika kita membaca dengan niat kerana mencari keredhaan allah sudah pasti ganjarannya berada di depan kita..jika kita adalah seorang pelajar yang sukar menerima ilmu daripada guru-guru atau ibubapa maka berusahalah untuk memahami ilmu yang dipelajari disamping sentiasa berdoa pada allah agar pintu rezki kita dipermudahkan untuk menimba ilmu..amalkan pembacaan surah al-waqiah ini pada setiap malam..insyallah kita akan beroleh nikmat yang tidak kita sangkakan..cepat atau lambat yang penting usaha kita perlu giatkan dan sentiasa berdoa dan berdoa..jangan putus asa kerana rahmat allah sentiasa ada untuk hambanya..mungkin bukan hari ini tetapi yakinlah akan tiba hari tersebut...yakinlah..dan percayalah...ini benar-benar terjadi...sama ada didunia atau di akhirat hanya tuhan sahaja yang tahu..
akhiru kalam...ana doakan semoga hidup umat islam sentiasa diberkati allah..dan semoga kita semua dapat memahami isi al-quran dengan baik..dan semoga kita sama-sama dikurniakan rezki dri allah...insyaallah...amiiiin...
sama-sama beramal...
sama-sama menhayati...
sama-sama mendapat keberkatan....

wassalam....

muTiara bicaRa

ketaatan kepada allah adalah usaha yang terbaik bagi seorang hamba...
maka sebagai seorang hamba taatlah pada allah swt dan jangan sesekali kita menderhakaiNya..

kehancuran jiwa hanya akan berawal dari kederhakaan..
berusahalah untuk menghindari apa yang terlarang dan jangan berdekatan pada satu hal
yang boleh membawa kepada kehancuran diri...
kehancuran itu akan berawal hendaknya jiwa seseorang yang harus dikawal...