Foto GaLeri

Foto GaLeri

11 November 2011

Isu Pelantikan Khlifah Yang Dipertikai Dan Dieksploitasi Menjadi Isu Aqidah

assalamualaikum..
hari ini ana nak kongsi serba sedikit mengenai isu pelantikan khalifah yang telah dieksploitasi menjadi satu isu aqidah selepas kewafatan Rasulullah SAW.ana tidak lah begitu arif mengenai hal ini,tapi apa yang cuba ana kongsikan ini adalah sesuatu yang telah ana pelajari pada peringkat pra universiti.semoga perkongsian ana ini mendatangkan kebaikan kepada antum semua apa lagi untuk diri ana sendiri..=)

okey lah..sebagai mukaddimahnya,isu pelantikan khalifah ini merupakan isu yang sangat penting serta besar kesannya kepada perpecahan dan pergolakan aqidah dalam kalangan umat islam yakni selepas kewafatan baginda Rasulullah saw.Hal ini demikian kerana,baginda Rasulullah saw tidak pernah sesekali menamakan sebarang pengganti kepadanya dan baginda tidak pula menetapkan sebarang cara perlantikan bagi menggantikannya atau pengganti tersebut.Maka menjadi satu persoalan dalam menentukan calon yang paling layak untuk menjadi ketua negara iaitu khalifah.Hal ini telah menjadi isu yang hangat pada zaman tersebut..

Maka bermulah dari perselisihan untuk melantik khalifah pertama yang mana kemudiannya selesai setelah Abu Bakar terlantik menjadi khalifah menggantikan baginda Rasulullah saw.Keadaan ini berterusan menjadi serius terutamanya selepas kematian Saidina Uthman Affan dan perlantikan Saidina Ali yang mana berlakunya permusuhan antara Ali dan Muawiyyah.

Merujuk kepada perselisihan jawatan khalifah ini terdapat beberapa pendapat atau pandangan yang antara lainnya ialah:
  1. Jawatan khalifah hendaklah di pegang oleh golongan tertentu iaitu diserahkan kepada kaum Quraisy sahaja dalam kalangan Muhajirin.Hal ini di khususkan kepada Bani Hasyim atau kerabat kepada Rasulullah saw iaitu Saidina Ali bin Abi Talib.
  2. Jawatan khalifah tidak boleh di pegang oleh mana-mana golongan dan hendaklah di serahkan kepada umat islam sahaja.
  3. Jawatan khalifah tidak memastikan berdasarkan kepada keturunan atau golongan tertentu iaittu golongan Ansar dan Khawarij.
Setelah baginda Rasulullah saw wafat serta dalam keadaan sibuk sebahagian umat islam menguruskan jenazah Rasulullah, golongan Ansar khususnya telah berkumpul di Saqifah Bani Saadah untuk melantik khalifah dengan mengisytiharkan bahawa kalangan Ansar adalah pemimpin dan di kalangan Muhajirin juga ada pemimpin.Bagi golongan Ansar,mereka mempunyai alasan-alasan tersendiri yakni mereka mahu melantik Saad bin Ubadah Al-Ansari manakala Muhajirin pula ingin melantik ketua mereaka dengan mengatakan alasan-alasan tersendiri.Dalam keadaan tegang itu,Abu Bakar serta Umar telah hadir untuk mententeramkan keadaan.Setelah keadaan berjaya di tenteramkan di mana dalam kepurusan syura yang telah diadakan dengan memberi hujah-hujah yang munasabah,akhirnya puak Ansar kemudiannya kelihatan bersetuju untuk menerima Saidina Abu Bakar Assidiq sebagai ketua negara sekaligus beliau adalah khalifah pertama yang menggantikan baginda Rasulullah saw.

Golongan yang berpendapat jawatan ini hanya di khaskan kepada Bani Hasyim atau kerabat Rasulullah telah membidas pandangan Abu Bakar dengan mengatakan bahawa Abu Bakar telah membangkitkan hak Quraisy memegang jawatan khalifah tetapi melupakan keturunan Quraisy adalah lebih dekat dengan Rasulullah saw iaitu Ali bin Abi Talib.

Maka di sini telah timbul perasaan tidak puas hati dalam kalangan sebilangan penyokong-penyokong Ali mengenai perlantikan ini.Perselisihan ini tidak terhenti di sini sahaja walaupun tidak nyata tetapi telah mengheret umat islam kepada perperangan berikutnya iaitu perperangan Jamal dan Siffin berlaku selepas kewafatan Ali bin Abi Talib.

Berikutan dari peristiwa inilah lahirnya pelbagai golongan seperti golongan Syiah,Khawarij dan Murjia'ah.Walaupun pada asasnya kewujudan ini bermotifkan politik tetapi isu aqidah turut di gunakan semata-mata untuk menarik minat penyokong masing-masing suopaya segalanya kelihatan berbentuk keagamaan..


wallah'alam...=)

09 November 2011

Ketika Hati Berbicara

Tiada bicara mampu untuk ku ukirkan..
hanya cebisan perasaan sahaja mampu mentafsirkan apa yang tersimpan dalam sanubari..
kekeliruan memenuhi segenap ruang fikiran..
berbagai-bagai teka-teki bermain di minda..
sesekali ia bertanya mengapa,bagaimana,kenapa dan bagaimana..
persoalan yang semakin hari merungsingkan diri..
terasa bagai permasalah ini kian meruncing..
sesekali kedengaran suara hati berbisik mengatakan bahawa jiwa inginkan kebebasan..
bebas dari segala perkara yang menganggu ketenteraman..
kehidupan semakin hambar..apa lagi keceriaan hanya lakonan..
senyuman tawar tiada kemanisan..
segalanya hanya buatan menutup kegelisahan nurani..
tiada yang memahami apa yang terlintas di benak..
hatta diri ini sendiri berada di awanan..


katakutan menyelubungi dari tatkala segalanya mengubah kehidupan
yang dahulunya bagai bintang berkerdipan di angkasa..
semakin hari bintang bertukar menjadi malap..
adakah bintang ini akan sentiasa malap dan hilang sinarnya?
adakah ia nya akan berlalu tanpa sinaran?
ohhh..hidup ini penuh kegelapan tatkala permasalahan bagai tiada hujungnya..


namun...
disebalik semua ini..
terlihat tanda keberanian..kekuatan mampu dikumpulkan..
bagi mengharungi liku-liku kehidupan yang kian melemahkan diri..
sesekali hati ini berbisik "jangan engkau mudah berputus asa dari rahmat Allah"
sesekali fikiran mengatakan"aku mampu,aku mampu,aku kuat,aku berani"
sesekali terdetik dalam diri"aku insan biasa,walau aku tidak punya apa,namun Allah sentiasa ada"
azimat ini sebagai perangsang dalam kekusutan melanda..
apa yang utama kekuatan+doa+usaha+doa+tawakal=berjaya...
aku yakin...segala yang tersurat dan tersirat ini
mampu ku hadapi walau penuh ranjau di hadapan...


ya Allah...
Engkau Maha Tahu..Maha Pengasih..Maha Pelindung...
hamba yakin dengan Mu...
yakin dengan Mu...
hanya Engkau Ya Allah....
maka bantulah hamba.....