Foto GaLeri

Foto GaLeri

09 November 2011

Ketika Hati Berbicara

Tiada bicara mampu untuk ku ukirkan..
hanya cebisan perasaan sahaja mampu mentafsirkan apa yang tersimpan dalam sanubari..
kekeliruan memenuhi segenap ruang fikiran..
berbagai-bagai teka-teki bermain di minda..
sesekali ia bertanya mengapa,bagaimana,kenapa dan bagaimana..
persoalan yang semakin hari merungsingkan diri..
terasa bagai permasalah ini kian meruncing..
sesekali kedengaran suara hati berbisik mengatakan bahawa jiwa inginkan kebebasan..
bebas dari segala perkara yang menganggu ketenteraman..
kehidupan semakin hambar..apa lagi keceriaan hanya lakonan..
senyuman tawar tiada kemanisan..
segalanya hanya buatan menutup kegelisahan nurani..
tiada yang memahami apa yang terlintas di benak..
hatta diri ini sendiri berada di awanan..


katakutan menyelubungi dari tatkala segalanya mengubah kehidupan
yang dahulunya bagai bintang berkerdipan di angkasa..
semakin hari bintang bertukar menjadi malap..
adakah bintang ini akan sentiasa malap dan hilang sinarnya?
adakah ia nya akan berlalu tanpa sinaran?
ohhh..hidup ini penuh kegelapan tatkala permasalahan bagai tiada hujungnya..


namun...
disebalik semua ini..
terlihat tanda keberanian..kekuatan mampu dikumpulkan..
bagi mengharungi liku-liku kehidupan yang kian melemahkan diri..
sesekali hati ini berbisik "jangan engkau mudah berputus asa dari rahmat Allah"
sesekali fikiran mengatakan"aku mampu,aku mampu,aku kuat,aku berani"
sesekali terdetik dalam diri"aku insan biasa,walau aku tidak punya apa,namun Allah sentiasa ada"
azimat ini sebagai perangsang dalam kekusutan melanda..
apa yang utama kekuatan+doa+usaha+doa+tawakal=berjaya...
aku yakin...segala yang tersurat dan tersirat ini
mampu ku hadapi walau penuh ranjau di hadapan...


ya Allah...
Engkau Maha Tahu..Maha Pengasih..Maha Pelindung...
hamba yakin dengan Mu...
yakin dengan Mu...
hanya Engkau Ya Allah....
maka bantulah hamba.....

1 ulasan:

  1. Ini hanya cebisan perasaan sebagai seorang insan yang sentiasa di hurungi berjuta rasa dalam jiwa.
    tiada daya untuk melakukan sesuatu di luar jangkaan..trauma yang melanda tidak mungkin mampu dihadapi untuk jangka masa yang terlalu singkat..namun hati perlu di gagahkan untuk menghadapi detik perjuangan yang bakal di tempuh bebarapa hari lagi..hanya kasih Tuhan mampu ku harapkan..

    BalasPadam

terpulang kepada saudara sekalian sama ada mahu mengulas atau memberi komen atau cadangan..