Foto GaLeri

Foto GaLeri

27 Januari 2013

Terasing



Hati hiba tatkala asing di kalangan mereka..
Setiap kali mereka perlukan bantuan,
akulah yang pertama mereka cari..
Tatkala mereka punya masalah,
akulah yang pertama menjadi tempat luahan..

Namun kini..
Pabila semua sudah melangkah ke dunia lain..
Aku disisihkan..
Langsung mereka tidak mengendahkan aku..
Dahulunya mereka katakan
''kita bersahabat susah senang bersama''
Tapi..
mana mereka tatkala aku di alam keperitan??


Aku di tinggalkan jauh dari kalangan mereka..
Tiap kali aku cuba mencari mereka
tentu sahaja alasan yang mereka berikan..
dahulunya 
mereka tidak seperti ini..
Tapi..
mengapa kini berubah segalanya..

Pabila ku hampiri mereka..
mereka menjauhkan..
aku keliru tanpa kata..
apa silap ku??
segalanya sudah aku korbankan untuk mereka..
masaku,wang ringgit,tenagaku,sayangku..
segalanya ku berikan..
tidak cukupkah lagi??

fikiranku mulai ligat..
memikirkan apa kekhilafanku...
terkadang terfikir aku seperti dipergunakan..
mengapa begitu??..
biarlah menjadi rahsia naluri ku..
hanya ALLAH sahaja tahu..

biarlah kesedihan dan keperitan ini
aku seorang diri menanggungnya..
mereka tiada..
aku masih mampu berjaga..
kerana aku tahu aku bukan sendirian..
aku masih ada ALLAH...
masih ada keluarga..
masih ada yang sudi bersama denganku..

sungguh terasing di kalangan mereka..
mana mereka yang dahulunya
sering bersamaku..

kini aku ketahui...
satu kebenaran yang pasti tiada mengetahuinya..

jika mereka bersahabat denganku
hanya kerana kesenangan yang ada padaku...
mereka telah dapat kesenangan itu..
namun mereka tidak miliki kesenangan itu selamanya..

jika mereka bersahabat denganku..
hanya kerana pangkatku..
mereka telah dapatnya..
namun mereka tidak ketahui dari mana datangnya pangkat
jika bukan dari kepercayaan..

jika mereka bersahabat denganku
hanya kerana aku dikenali..
ya mereka telah dapatkannya..
namun mereka tidak miliki perjuangan..

segalanya ALLAH tentukan..
aku redha segalanya..
mungkin hari ini aku terasing..
apa yang pasti..
ALLAH tidak pernah mengasingkan aku..
selagi mana aku terus
usaha menjadi yang terbaik untuk agamaku..
biarlah di perlakukan sedemikian..
ALLAH sentiasa ada untukku..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terpulang kepada saudara sekalian sama ada mahu mengulas atau memberi komen atau cadangan..