Foto GaLeri

Foto GaLeri

22 Januari 2013

Alahai Purdah/Niqab



Assalamualaikum akhawat yang dicintai..

Hari ini ana nak share something tentang berpurdah/berniqab.
Akhawat yang tersayang sekalian.
Islam bangga bila setiap penganutnya beramal dengan sesuatu setelah memahaminya dengan dalil dan hujjah. Islam juga bangga jika setiap muslimahnya beramal dengan sesuatu semata-mata menurut kehendak Allah dan rasulNya, bukannya kerana bertaqlid buta pada amalan orang lain.Di sini ana mahu share apa yang ana ambil dari blog sahabat kita ini...cuba akhawat sekalian baca dan fahami..
*******************************************************************************************
Alhamdulillah, saya menemui tulisan yang amat baik mengenai rasional berpurdah dari saudara seislam dari tanah seberang, Indonesia. Walaupun Ummu Ashhama Zeedan menulis dalam suasana yang berlaku di Indonesia namun realitinya, cabaran yang sama dihadapi oleh para muslimah yang mencari sedikit bahagia dengan berpurdah di Malaysia.


Saya hanya sempat melihat rujukan asal Tafsir Al-Tobari dan kitab Al-Umm seperti yang dikemukakan di dalam tulisannya di bawah ini. Benarlah apa yang dicatatkannya. Kitab-kitab lain yang disebutkan juga sebenarnya tidak asing di kalangan pelajar aliran ugama di Malaysia.


Saya merasa terpanggil lagi untuk memaparkan hujjah ulama mengenai hukum berpurdah setelah diasak dengan pelbagai soalan dari para akhawat/muslimat sama ada di dalam blog ini, melalui email dan juga mesej di Facebook. Untuk lebih memahami pada permasalahan cabang hukum, maka perkara pokok haruslah dipelajari dan difahami terlebih dahulu.


Ada yang bertanya bolehkah pakai purdah on-off (apa yang dimaksudkan on-off itu sebenarnya ya…) , bolehkah bergaya meskipun berniqab, bolehkah pakai untuk ke program tertentu sahaja, bagaimana mahu disesuaikan dengan pekerjaan dan sebagainya.


Jadi untuk kesekian kalinya, fahami terlebih dahulu rasional di sebalik hukum berpurdah sebelum beramal dengannya. Bacalah juga perbahasan yang mengatakan purdah itu tidak wajib di dalam mana-mana buku yang berbicara tentang hijab. Setelah meluaskan pembacaan dan melihat pro kontra antara keduanya, baru buat pilihan yang sesuai dengan kefahaman dan keperluan diri.


*****************************************************************************************************************************


Jelas bukan?Selaku muslimat juga,ana berkeinginan untuk turut memakainya cuma belum cukup ilmu tentangnya lagi.Bukan tidak memahami hukum berpurdah/berniqab ini.Ana cukup memahami.Cuma melihat keadaan di persekitaran ana sendiri,ana cukup terkilan apabila berpurdah atau berniqab itu hanya fesyen bukan lahir dari hati yang mahukan perubahan dalam diri.Ayuh akhawat ku tercinta,jangan memakai purdah atau niqab ini semata-mata mahu tarikan.


Hati ini runtuh wahai akhawatku..setelah ana melihat kalian di facebook/twitter atau mana-mana laman sosial antunna semua berkongsi gambar2 kalian untuk tatapan awam.Terus ada komen dari friends yang mengatakan antunna cantik berpurdah,lantas komen itu antunna balas dengan kata-kata seperti "ye ke" /"eh mana ade cantik,biasa shj..ciptaan Allah"/"cantik ke?"..Masyaallah,apa ini?..Kalian tahu atau tidak,cara kalian reply itu sudah menunjukkan keburukkan di mata mereka yang berpenyakit hati didalamnya.Bukan sahaja ana melihat pada komen2 di gambar malah ana melihat banyak salah faham orang luar terhandap antunna yang berpurdah ini.Sayu jiwa ana..


Di bawah ini ana titipkan satu coretan dari saudara kita,luahan hati dia.Mungkin bahasa yang digunakan amat kasar,tapi ambillah ia sebagai pengajaran.Di sini ana edit juga ya..
**************************************************************************
Gadis berniqab alahai gadis berniqab...
Bila saja saya dah mula aktif dalam blogging dan fb, nah...banyaklah ayat yang timbul.
Antaranya :
"Kau tak payah nak tunjuk terra sangat dgn bangga couple. Mak ayah bagi duit gi belajar, tapi sibok nak bercinta. 
"Ana tak gemarlah lihat lelaki indonesia mesej inbox ana....itu ini. Tolong ambil perhatian, ana ni orang Malaysia. Dan ana tak minat nak berkawan dengan lelaki."
"Dimanakah kamu wahai bakal imamku. Aku setia menanti untuk menjadi pemilik tulang rusukmu...bla bla bla..."
Dan banyak lagi.......
Allah...Allah...Allah wahai Muslimah-Muslimahku Sayang...rasa nak menitik airmata membacanya. Rasa macam kena tampar berulang-ulang kali bila membacanya di facebook keluar di halaman utama. Saya nak ungkapkan rasa ini, tapi saya mohon maaf berulang kali saya tahu saya tidak layak menegurnya. Tapi, MALULAH PADA DIRI SENDIRI......
1. wajarkah seorang niqabis meggunakan 'bahasa kasar' untuk menegur orang? Inikah bahasa paling sopan? Inikah tegur paling berhemah? Janganlah niqabis....takkan ini pun nak kena ajar....bukan ke awak ni masyarakat anggap buku bergerak? Allah...Allah...Allah.....
2. Macammana niqabis boleh kata tak gemar....sedangkan kalau tak di add, mana datangnya lelaki-lelaki ini??? Kalau tak diprivate inbox tu, mana datangnya mesej-mesej ini. Ini baru betul stupid....stupidkan diri dihadapan ajnabi, saudara mara, sahabat handai, rakan fb....
3. Come onlah...bakal imam kamu tengah sedap main game PES 2012. Perlu ke nak cerita kat fb? Minta maaf saya nak tegur ni, zauj saya sendiri dengan rasa malu beritahu saya dia berasa zaman ni gadis niqabis macam muka tak tahu malu. Sampaikan takde rasa malu segan silu nak bercerita kat org bahawa kamu gadis berniqab dah sangat-sangat nak bersuami tapi takde yang berani nak pinang. TOLONG KAWAL NAFSU. TOLONG MALU DENGAN KAIN YG TUTUP MUKA KAMU....
Psstt..ada tambahan. Saya lihat dah ramai niqabis yang baru berniqab dengan tanpa segan silu memegang tangan abg angkat/bf/tunang dan bergambar malah berbangga menayang gambar tu. Ada pula siap bersayang abg cinta mati tak sanggup hidup mati tercekik buah durian kalau takde kamooo....saya baca rasa nak muntah hijau. Kalau dah macam tu, dengan segala hormatnya dipersilakan tanggal niqab. Anda belum istiqomah memakainya. Sekian.

********************************************************************************
2 perkongsian yang ana bawa dalam entry ana hari ini.Mungkin ada sahabat yang tersinggung atau marah atau apa sahaja.Namun ingatlah satu ayat ini "siapa makan cili dia terasa pedasnya".Jika kalian bukan dari kalangan orang yang disebut dalam contoh2 entry ini,kalian jangan khuatir,berbahagialah kerana kalian sudah terpelihara istiqamah ini.Sekiranya kalian berada dalam kalangan seperti contoh entry itu,maka kalian harus segera perbaiki diri ke arah yang lebih baik.Bukan apa,kalian akan sering dibandingkan dengan orang yang tidak menutup aurat dengan sempurna.Percayalah..ana juga ada sahabat.Sedikit ana ceritakan di  sini supaya kalian tidak tersalah anggap.
sahabat ana ini,ana namakan dengan si B.Pada satu saat si B melihat sahabat yang berpudah ini bercouple,mengupload gambar2 di laman sosial,lantas si B ini maklumkan kepada ana.Ayat si B 
 si B:"ahh tak ada beze pun ko ngn aku.harap pakai purdah je tapi perangai lebih kurang macam orang yang tak tahu hukum je..Ak tak sek agama pun,takde lah bangge upload gmbar."
ana : "kenapa ko cakap macm tuh?tak baik lah judge orang darii luar je,Ok lah berpurdah" [ana cuba untuk pertahankan,in the same time nak tengok macam mana pandangan Si B ni]
si B : "bagus ape nye,dulu ak respect orang macam ni tau,bile pkai mmg jage satu persatu..bahasa2 pun sejuk hati ni dengar..tapi sekarang,ak kurang respect pda orng bpurdah tapi x tahu jage diri,mulut..masyaallah leser"
terperanjat ana mendengar ayat sebegini.Tidakkah kalian terasa??..tentu terasa bukan..ini pandangan mereka..
cukupah ana coretkan perkongsian tentang ini.Ana harap entry2 ana hari ini dapat membuka minda sahabat sekalian.ana juga tidak sempurna,terlalu banyak kekhilafan diri.Tapi apayang kita semua mampu cumalah satu perkara sahaja iaitu "BERUSAHA UNTUK PERBAIKI DIRI,KATA ORANG JADIKAN IKTIBAR DALAM USAHA UNTUK TERUS ISTIQAMAH DENGAN DIRI"

maaf ana hulurkan jika ada bicara yang keterlaluan atau apa sahaja.."buang yang keruh ambil lah yang jernih"
wallahualam





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terpulang kepada saudara sekalian sama ada mahu mengulas atau memberi komen atau cadangan..