Foto GaLeri

Foto GaLeri

02 Disember 2010

..AL-QURAN..

PENGERTIAN BAHASA
I. Al-quran adalah masdar drpd perkataan MAQRU’ yang beerti yang dibaca.
II. Bacaan yang berasal drpd perkataan arab,Qiraa’ah.namun maksud sebenar adalah yang dibaca bukan bacaan.firman allah:

ان علينا جمعه وقرءانة فاء ذا قرانه فاتبع قرانه

“sesungguhnya kamilah yg berkuasa mengumpulkan al-quran dan menetapkan bacaan.oleh itu apabila kami telah menyempurnakan bacaannya,maka bacalah menurut bacaan itu.”

PENGERTIAN ISTILAH
i. Al-quran adlh kalam allah yang diturunkan secara mutawatir kepada rasulullah saw dgn perantaraan malaikat jibril as yg melemahkan musuh2 islam dan membacanya di kira satu ibadah.
ii. Al-quran adlah kalam dan wahyu yg bersifat mutlak tdak terbatas kpada sesuatu keadaan dan waktu,sesuai dilaksanakan di mana2 dan dalam apa jua keadaan sehingga hari akhirat.
iii. Pendapat ulama kalam:kalam yg ghaib serta azali drpd zat allah yg mana is sentiasa bergerak dan tidak ditimpa apa2 bencana.

KELEBIHAN AL-QURAN
a. Berkaitan dengan kelebihan belajar dan mengajar al-quran.

خيركم من ثعلم القرءان وعلمه

“sebaik2 kamu adalah yang belajar dan mengajarnya kepada orang lain”
b. Berkaitan membaca dengan tartil
c. Berkaitan dengan mendengar dan diam apabila al-quran itu dibaca.
d. Berkaitan dengan kelebihan tadabbur iaitu meneliti dan melaksanakan hukum2 yg terdapat dlam al-quran.

NAMA-NAMA AL-QURAN
a. Al-furqan.
b. Al-kitab
c. Al-nur
d. Al-tanzil
e. Al-majid

PENGERTIAN MUKJIZAT

....PENGERTIAN BAHASA....
  1. Berasal daripada perkataan arab a’jaza iaitu lemah
  2.   2. Membawa maksud yang melemahkan
PENGERTIAN ISTILAH
Terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

I. Mukjizat dari segi bahasa.
-melalui keindahan susunannya/gaya bahasanya/fasahah/balaghah
-ketinggian gaya bahasa tdak dpat ditandingi oleh sesiapa.
-lengkap dengan sastera

II. Mukjizat dari segi isi kandungan
-mengandungi peristiwa2 dan kisah yang berlaku pada masa lampau dan zaman sbelum nabi saw.
-isi kandungan mengandungi hubung kait antara satu sama lain
-menceritakan perkara yang akan berlaku
-menceriakan tentang sejarah dan pengalaman nabi dahulu sebagai panduan.
-isi kandungan tidak bertentangan antara hakikat dan realiti.

III. Mukjizat dari segi ilmu
-meliputi semua bidang ilmu pengetahuan.antaranya:

a. Ilmu ibadat seperti solat
b. Pengetahuan tentang muamalat dan perhubungan dgan manusia yg lain.
c. Ilmu tentang akidah dan menyeru semua manusia mentauhidkan allah.

KEISTIMEWAAN AL-QURAN

i. Pelengkap kepada semua kitab sebelumnya
ii. Kitab suci terakhir dan penutup kepada kitab suci sebelumnya.
iii. Tidak jemu dibaca walaupun berulang-ulang.
iv. Menjaga dan memelihara kesucian dan kebenaran syariat islam.
v. Sumber rujukan dan penyelesaian yang terbaik kpd semua masalah.

PENULISAN/PENGUMPULAN/PEMBUKUAN AL-QURAN.

Zaman rasulullah saw.

Sebab-sebab al-quran tdak dikumpul dalam satu mashaf di zaman rasulullah saw.
1.Jangka hayat rasulullah adalah selama 9 hari dgn jangka masa turunnya wahyu terakhir.oleh sebab itu,baginda tidak sempat utk melaksanakannya.
2.penurunan al-quran berbeza dgn kitab2 samawi yg lain iaitu trun slama 23 thun.oleh itu,mengumpulkan al-quran dlam satu mashaf amat sukar di lakukan.
3.kurangnya peralatan utk penulisan yang sesuai utk mengumpulkan ayat2 al-quran.

Zaman abu bakar.

Sebab-sebab abu bakar keberatan utk mengumpulkan al-quran:
a. Sikap abu bakar yg tenang dan berwaspada apabila permintaan itu dinyatakan kepadanya.beliau berkata”bagaimana utk aku lakukan sesuatu yg tdak di buat oleh rasulullah?”ini bermaksud bahawa beliau perlu memikirkan perkara tersebut semasak2 nya.
b. Beliau bimbang dgan terdapatnya mashaf yang terkumpul maka umat islam akan meringankan utk menghafal al-quran.
c. Perkara tersebut mengumpulkan al-quran dalam satu mashaf tidak di wasiatkan rasulullah ketika hayatnya.kerana itu abu bakar amat berat utk melakukannya kerana tiada bukti kukuh utk mengeluarkan perintah mengumpulkan al-quran dalam satu mashaf.

Keistimewaan mashaf abu bakr atau”al-iman”

a. Mashaf ini dikumpulkan hasil drpd penelitian yg sngt tinggi oleh orng yang sgt dipercayai dr semua aspek dgn kaedah yg amat dipercayai.
b. Semua ayat yang terdapat dalam mashaf adalah merupakan ayat2 yang telah tetap tidak ada ayat yang di mansubkan.
c. Mashaf ini disepakati oleh seluruh umat islam sbg satu-satunya mashaf yang taufiqi dan tawatur.
d. Semua ayat yang ditulis adalah memenuhi cara bacaan yang dikendaki oleh rasulullah iaitu qiraah sabah.

Zaman uthman ibn affan

Faktor utama lahirnya perbezaan bentuk bacaan:
a. Penduduk syam menggunakan dn mempelajari kaedah bacaan yang diterima drpd ubai bin kaab.
b. Penduduk kufah mengambil kaedah bacaan drpd Abdullah bin mas;ud.
c. Orang islam di tempat lain pula membaca al-quran menurut bacaan abu musa al-asy’ari.

(ekoran drpd perbezaan ini,maka timbul perselisihan hebat dalam kalangan umat islam disebabkan tidak ada penyelarasan.)

Syarat penulisan mashaf uthmani.

a. Menulis al-quran menurut bacaan para hafiz.
b. Apabila ada perbezaan pendapat dan bacaan antara 3 orang ahli komiti drpd kaum quraisy dgn zaid,maka mereka mesti menulis mengikut percakapan suku quraisy kerana al-quran diturunkan dlam lahjah quraisy.
c. Semua ayat al-quran yg diterima drpd rasulullah saw scra mutawatir dan tdak mansukh akn di tulis semula.
d. Al-quran di tulis tanpa menggunakan titik.

Keistimewaan mashaf uthmani.

a. Kandungan ayat2 lebih tersusun rapi dgn susunan ayt dan surah.
b. Hanya ayat2 yang telah tetap ditulis dan ayat yg telah dimansukhkan iaitu meninggalkan ayat2 yg tidak dibaca oleh rasulullah sewaktu pembentangan terakhir di hdapan jibril as.
c. Tulisan yg di gunakan adalah segala bentuk tanda2 dan cara2 bacaan al-quran ketika diturunkan.
d. Hanya ayat al-quran shj yg ditulis didalamnya segala bentuk ayat huraian atau tafsiran ditinggalkan.
e. Penerimaan wahyu tertentu ke atas bacaan yg tawatur dan tdak diterima bacaan yg bertaraf akad.

Faedah pembukuan mashaf uthman

a. Menyatukan umat islam tentang bacaan dan tulisan al-quran dalam satu mashaf yang selaras dr segi ejaan dan tulisan.
b. Menyatukan bacaaan,
c. Mana2 bacaan yang tidak sesuai dgn mashaf uthmani maka tidak boleh digunakan.
d. Menyatukan susunan menurut tertib seperti yg didapati sekarang.

Faktor2 zaid bin thabit dipilih mengetuai gerakan pengumpulan al-quran pada zman abu bakar dan saidina uthman.

a. Seorang penulis wahyu yang dilantik oleh rasulullah saw.
b. Penghafaz al-quran dari kalangan para sahabat.
c. Mempelajari bahasa suryani dan memahami kebudayaannya.
d. Peribadi beliau yang terbaik dibawah didikan rasulullah saw.
e. Menyaksikan perbentangan terakhir bagi al-quran semasa jibril membuat penyemakan kali terakhir ayat2 dlam ingtn rasulullah.
f. Banyak ilmu dan merupakan ketua bagi seluruh qadi dan hakim.

Zaman umaiyyah hingga sekarang.
a. Penyusunan tanda2 bacaan iaitu titik pada mashaf al-quran.
b. Dikemaskini dengan baris dan symbol pada zaman abdul malik.
c. Terhasilnya mashaf yang dibuat tanda wakaf.
d. Mashaf al-quran ditulis dalam tulisan khat thuluthdan akhirnya khat nasakh.

...insyaallah nota nie dpt bantu sahabat2 yang ambik usuluddin STPM..semoga ilmu ini terus diberkati allah dan semoga kita semua dapat A dlm sbjek Usuluddin nie..insyaallah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terpulang kepada saudara sekalian sama ada mahu mengulas atau memberi komen atau cadangan..