Foto GaLeri

Foto GaLeri

13 Disember 2010

USULUDDIN:NUZUL AL-QURAN

PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN ASPEK BAHASA
  1. Turun dari tempat yang tinggi.
  2. Sebagai majaz dan simbolik untuk menunjukkan ketinggian al-quran dan kemuliaannya.
PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN ASPEK ISTILAH
  1. Turun dari luh mahfuz ke baitul izzah di langit dunia.
  2. Dari langit dunia kepada rasulullah saw melalui perantaraan malaikat jibril.
  3. Mengambil masa selama 23 tahun.
CARA NUZUL AL-QURAN    
1) NUZUL JUMLATAN(SEKALI GUS)
1.1.1. Turun al-quran ke luh mahfuz
1.1.2. Turun dari luh mahfuz ke baitul izzah di langit dunia.


TAHAP PERTAMA.
Daripada allah ke luh mahfuz.
Tujuan = membuktikan kekuasaan allah
           = semua perkara yang allah lakukan mempunyai perancangan/praturan
Hikmat
a) Membezakan al-quran dengan kitab samawi yang lain.
b) Membuktikan keunggulan al-quran serta martabat rasulullah saw.
c) Meletakkan al-quran sebanding dan sesuai dengan ketinggiannya.


TAHAP KEDUA
Dari luh mahfuz ke baitul izzah.
-Pendapat ulamak.
Pendapat pertama(ibn abbas dan majoriti ulamak)
• Ibn abbas mengatakan diturunkan sekaligus ke langit dunia pada malam al-qadar secara beransur-ansur.
Pendapat kedua(ulama hadis dan fekah kalangan tabi’in)

• Berdasarkan ayat2 tersebut adalah permulaan turunnya wahyu kepada nabi saw pada malam al-qadar dan diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun.
Pendapat ketiga(ijtihad ulama tafsir)
• Penurunan alquran ke langit dunia selama 23 tahun malam al-qadar.


HIKMAH PENURUNAN DARI LUH MAHFUZ KE BAITUL IZZAH
a) Membezakan al-quran dengan kitab samawi yang lain.
b) Menunjukkan keunggulan al-quran dan nabi saw.
c) Memuliakan umat manusia/bani adam pada pandangan malaikat.
d) Supaya manusia mengambil pengajaran yang al-quran adalah suatu yang amat bernilai.

2) NUZUL MUNAJJAMAN(BERANSUR-ANSUR)
PERSELISIHAN PENDAPAT ULAMA.
a) Penurunan al-quran secara beransur-ansur kepada rasulullah selama 20 tahun.(setengah ulama)
b) Penurunan al-quran selama 22 tahun 2 bulan 22 hari.bermula 17 ramadhan hingga 9 zulhijjah tahun 10 hijrah.(al-khudari,kitab tarikh al-tasyri’)
c) Mengambil masa 23 tahun.(pendapat lain)


HIKMAH PENURUNAN BERANSUR-ANSUR KEPADA NABI SAW
a) Menetapkan hati baginda dengan wahyu yang baru untuk membantu menyelesaikan masalah seruannya.
b) Memudahkan baginda untuk menghafaz dan memahami setiap wahyu dan menghayati hikmahnya.
c) Penurunan wahyu menjadi cabaran kepada orang kafir untuk menanganinya,kegagalan mereka menambahkan keyakinan masyarakat kepada kebenaran kerasulan baginda saw.

d) Memberi rasa gembira di hati baginda bahwa allah sentiasa mengambil berat kepadanya.


HIKMAH PENURUNAN BERANSUR-ANSUR KEPADA AGAMA ISLAM
a) Untuk menyesuaikan peristiwa tertentu dengan agama.
b) Menjawab persoalan yang dikemukakan oleh umat islam dan jawapan tersebut melengkapkan islam sbg agama yg lengkap.
c) Untuk membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh umat islam.
d) Mendedahkan keburukan orang munafik dan orang kafir.


HIKMAH PENURUNAN BERANSUR-ANSUR KEPADA UMAT ISLAM
a) Umat arab yang baru memeluk islam akan merasa mudah utk menghafaz dan memahami al-quran.
b) Melatih umat arab dalam akhlak yang buruk dan beransur2 meninggalkan perangai tersebut.
c) Memberi peluang kepada umat islam meneliti kandungan yang penuh hikmah dan ilmu pengetahuan serta melahirkan cendikiawan islam.
d) Membina dan melatih kesabaran serta keyakinan terhadap akidah dan ajaran islam dan akhirnya mempertahankan islam walaupun dengan nyawa mereka.


AYAT PERTAMA DI TURUNKAN


a) PENDAPAT PERTAMA
Ayat2 mula-mula diturankan ialah ayat 1-5 surah al-alaq.
Pendapat pertama yang rajah.disokong oleh al-zarkasyi seperti dinyatakan dalam kitab al-burhan fi ulum al-quran.


b) PENDAPAT KEDUA
Ayat permulaan adalah permulaan surah al-muddathir.
Berdasarkan hadis riwayat muslim daripada jabir yang mana sanadnya daripada yahya yang berkata,”permulaan surah al-quran diturunkan adalah surah al-muddathir”


c) PENDAPAT KETIGA
-Ayat pertama ialah surah al-fatihah.

-Ulama pendapat pertama membuat ulusan di mana ia bermaksud surah pertama diturunkan secara lengkap.hadis yang dijadikan hujah pendapat ketiga adalah hadis mursal.


d) PENDAPAT KEEMPAT
-Ayat pertama ialah “bismillahirahmanirahim..”
-Imam al-suyuti berpendapat bahwa pendapat ini tidak boleh dijadikan hujah kukuh.ayat tersebut sememagnya menunjukkan permulaan mutlak bukan menunjukkan surah atau ayat pertama.

e) ULASAN PENDAPAT ULAMA
1. Surah al-alaq merupakan surah yang pertama diturunkan berkaitan kenabian dan beberapa ayat permulaannya adalah yang pertama diturunkan serta di turunkan tanpa sesuatu sebab yang mendahului.
2.Surah al-muddathir surah pertama diturunkan berkaitan skop ia merupakan surah pertama berkaitan kerasulan dan suruhan menyebarkan dakwah.surah pertama setelah putus wahyu.
3.Surah al-fatihah merupakan surah pertama dalam bentuk yang lengkap.
4.“bismillah”adalah ayat pertama diturunkan sebelum sesuatu surah diturunkan.

AYAT TERAKHIR DITURUNKAN

a. PENDAPAT PERTAMA
Ayat terakhir adalah surah al-baqarah ayat 281.
-Berdasarkan hujah,hadis drpd ikrimah drpd ibn abbas yang telah diriwayatkan olh al-nasa’I katanya”ayat terakhir diturunkan ialah ayat 281 surah al-baqarah.”
-Pendapat ini paling rajih kerana selepas penurunan ayat tersebut,nabi saw sempat hdup selama 9 malam shj dan wafat pada malam isnin 3 rbiul awl 10 hjrh.


b. PENDAPAT KEDUA
Ayat terakhir adalah ayat 3 surah al-maidah.
-Pendapat ini tidak tepat kerana ia diturunkan semasa nabi melakukan haji wida.iaitu baginda berada di arafah.


c. PENDAPAT KETIGA
Ayat 278 surah al-baqarah.
-Hadis drpd umar yg diriwayatkan olh ahmad dn ibn majah,beliau berkata yg brmksud”di antara yg terakhir di trunkan ialah ayt riba”.ayat yg di maksudkan adalah ayat 278 surah al-baqarah.


d. ULASAN PENDAPAT ULAMA
-Kesemua riwayat berikut adlh bersumber dan berasaskan sahabat dan ia adlh hadis mawquf dan tdk satu pun hdis marfu’.
-Rasulullah sndri tdak pernah memberitahu sesiapa drpd klangan sahabatnya tentang ayat manakah yang terakhir di turunkan.

1 ulasan:

terpulang kepada saudara sekalian sama ada mahu mengulas atau memberi komen atau cadangan..