Foto GaLeri

Foto GaLeri

04 Januari 2010

mukJizaT aL-quRan

terdetik di hati ana untuk mencoret mengenai mukjizat al-quran...kelebihan yang terkandung didalam surah-surah cukup hebat dan cukup besar serta cukup indah untuk diperkatakan..alhamdulillah..syukur pada allah kerna hari ini ana mampu untuk menyingkap kelebihan salah satu surah didalam al-quran..surah yang dimaksudkan adalah surah al-waqiah..
sungguh indah bahasa yang digunakan...menggamit hati ini..ingin ana jelaskan di sini bahawa surah ini berhubung erat dengan rezeki seseorang..mengapa ana memperkatakan hal sebegini??biarlah ana berterus terang kerna ana khuatiri sahabat-sahabat sekalian tersalah anggap mengenai apa yang telah ana perkatakan ini..
sesungguhnya ana pernah mendengar kata-kata daripada ustazah yang mengajar ana pendidikan al-quran dan as-sunnah akan perhubungan antara surah al-waqiah ini dengan rezeki..kata ustazah ana,"jika mahu menjauhkan diri daripada kekafiran maka bacalah surah al-waqiah ini setiap malam..insyaallah rezeki kita dipermudahkan allah.."begitu ungkapan yang sering menjadi ingatan ana sehingga hari ini..sungguh tidak ana sangkakan bahawa apa yang dikatakan ustazah ana memang benar..mengapa??kerna ana merasakan bahawa rezeki ana begitu luas..walau ana tidak punya wang yang mencukupi untuk menampung keperluan diri ana sendiri tetapi rezki ana ada di mana-mana sahaja..alhamdulillah...jika kita ikhlas melakukan sesuatu demi allah maka ganjaran yang kita dapat cukup besar dan lumayan..bukan ana mengatakan bahawa ana ini alim..tidak...ana adalah insan yang sering melakukan kesilapan dan ana sama seperti insan yang lain..
didalam satu hadis ada mengatakan,:"sesiapa yang membaca surah al-waqiah setiap malam maka dia pasti tidak akan mengalami kefakiran,"(hadis baihaqi daripada ibnu mas'ud)berdasarkan hadis ini maka jelaslah keistimewaan yang terkandung didalamnya..setiap surah yang terdapat didalam al-quran punya kelebihan yang tersendiri..terserah pada individu muslim untuk menggunakan kelebihan ini..
untuk lebih memahami apa yang terkandung didalam surah ini,maka kita perlu mengetahui intisari ayat yang terdapat dalam surah ini..kerana ia lebih mudah untuk kita memahami apa yang terkandung didalam surah ini..dan dapat memberikan kita pedoman dalam kehidupan..lebih baik juga kita mengetahui ashabul nuzul ayat ini..yakni sebab-sebab penurunan surah al-waqiah ini..
mari bersama kita singkap intisari ayat ini..agar yang buntu kian tahu..di sini ana petik ayat 1-11 surah al-waqiah..(sila rujuk tafsir/al-quran untuk mengetahui ayat)...dalam ayat ini mengatakan bahawa hari kiamat ialah hari yang dijanjikan allah dan pasti akan berlaku.pada hari kiamat manusia terbahagi kepada tiga golongan iaitu "ashabul syimal',"ashabul yamiin,"al-muqorobuun.."allah taala akan memberi balasan kepada setiap makhluk pada hari kiamat kelak..ini adalah diantara intisari yang terkandung dalam ayat ini..semoga menjadi pedoman buat diri..
inilah antara kelebihan surah ini..ia menjelaskan mengenai perihal hari kiamat..apabila kita membaca dengan penuh penghayatan disamping mengetahui makna ayat-ayat tersebut maka kita dapat menghayati surah ini dengan baik..apatah lagi jika kita membaca dengan niat kerana mencari keredhaan allah sudah pasti ganjarannya berada di depan kita..jika kita adalah seorang pelajar yang sukar menerima ilmu daripada guru-guru atau ibubapa maka berusahalah untuk memahami ilmu yang dipelajari disamping sentiasa berdoa pada allah agar pintu rezki kita dipermudahkan untuk menimba ilmu..amalkan pembacaan surah al-waqiah ini pada setiap malam..insyallah kita akan beroleh nikmat yang tidak kita sangkakan..cepat atau lambat yang penting usaha kita perlu giatkan dan sentiasa berdoa dan berdoa..jangan putus asa kerana rahmat allah sentiasa ada untuk hambanya..mungkin bukan hari ini tetapi yakinlah akan tiba hari tersebut...yakinlah..dan percayalah...ini benar-benar terjadi...sama ada didunia atau di akhirat hanya tuhan sahaja yang tahu..
akhiru kalam...ana doakan semoga hidup umat islam sentiasa diberkati allah..dan semoga kita semua dapat memahami isi al-quran dengan baik..dan semoga kita sama-sama dikurniakan rezki dri allah...insyaallah...amiiiin...
sama-sama beramal...
sama-sama menhayati...
sama-sama mendapat keberkatan....

wassalam....

2 ulasan:

  1. bersama-samalah kita berusaha untuk menjadi yang terbaik...insyallah tuhan akan mengurniakan kita nur untuk ilmu ini...

    BalasPadam
  2. subhanallah...
    besarnya mukjizat surah ini..
    alhamdulillah...

    BalasPadam

terpulang kepada saudara sekalian sama ada mahu mengulas atau memberi komen atau cadangan..