Foto GaLeri

Foto GaLeri

07 Januari 2010

mEngubaH cIpTaan aLLah....

didalam hadis riwayat muttafakun alaih yang berbunyi...
"daripada ibnu mas'ud katanya,sabda rasulullah saw:allah melaknat perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu,yang mencukur alis,yang menjarangkan gigi untuk kecantikan,yang mengubah ciptaan allah taala.."

sebab wurudnya hadis ini perlu diperjelaskan di sini untuk pengetahuan semua..wurudnya hadis ini adalah:saiditina aisyah meriwayatkan bahwa seorang perempuan ansar telah berkahwin dan dia telah menghidap suatu penyakit sehingga telah gugur rambutnya.oleh itu keluarganya telah bercadang untuk menyambung rambutnya(rambut palsu),tetapi terlebih dahulu mereka bertanya pendapatb rasulullah saw tentang cadangan mereka tersebut..lalu rasulullah saw bersabda:"allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan yang meminta di sambung rambutnya.."

menurut sabda baginda rasulullah saw itu jelas mengatakan bahawa larangan mengenai perbuatan menyambung rambut atau lebih dikenali dengan "rambut palsu"..sememangnya perhiasan perempuan yang diharamkan oleh islam samaada rambut itu asli atau palsu..larangan itu juga termasuklah memakai wig,menanam rambut di kepala dan sebagainya..mengapa islam melarang perbuatan ini??untuk informasi semua...pengharaman itu adalah kerana ia merupakan salah satu daripada bentuk penipuan dan pemalsuan sedangkan islam melarang keras perbuatan tersebut..rasulullah pernah bersabda:"sesiapa yang menipu kami bukanlah dari golongan kami"..renungkan lah..tetapi sayang saribu kali sayang...sabda nabi saw kurang dihayati oleh umat islam samaada tua atau muda..jika dilihat pada zaman ini,ramai golongan yg mrupakan umat islam melakukan perbuatan menyambung rambut ini..jelas-jelas dapat kita lihat segolongan besar artis2,menteri2 dan rakyat negara malaysia ini memakai rambut palsu..mereka tidak tahu yang mana dosa dan yang mana pahala..hadis di atas telah mengatakan bahawa allah melaknat perbuatan menyambung rambut atau memakai rambut palsu...tetapi mengapa umt islam tdk meneliti hal ini..mungkin saja mereka tidak mengendahkan isu yang di anggap remeh ini...di sini saya nyatakan pendapat ulamk tentang hukum menyambung rambut...

menurut mazhab shafie menyambung rambut dengan rambut anak adam adalah haram secara mutlak.adapun menyambung dengan selain drpd rambut anak adam maka hukumnya terbahagi kpd 3 bahagian iaitu:
1)haram jika disambung itu najis
2)jika disambung dengan barang yang suci hukumnya adlh haram jika wanita itu tdk bersuami..
3)jika wanita itu bersuami halal dengan keizinan suami dan haram tanpa keizinan suami..

akhirnya ingin saya nyatakan juga bagaimana cara ulmk mengistinbatkan hukum menyambung rambut ini..penggunaan perkataan "لعن"dlm hadis diatas menunjukkan suatu larangan yang pasti terhadap perbuatan menyambung rambut.perkataan tersebut menunjukkan rasulullah saw melaknat perbuatan tersebut...

jadi jelaslah di sini bahawa setiap perkara yang di laknat oleh rasulullah saw menbawa hukum haram..semoga apa yg dinyatakan ini bisa memberi sedikat pengetahuan kpd kita semua..sesungguhnya yang baik itu dtgnya dr allah taala dan yang lemah itu adalah dtg dr diri sy sendiri...jka saudara punya penambahan bolehlah memaklumkan kpd sy melalui ulasan..sesungguhnya besar ertinya jika ada saudara bersama2 berkongsi ilmu ini...

wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terpulang kepada saudara sekalian sama ada mahu mengulas atau memberi komen atau cadangan..