Foto GaLeri

Foto GaLeri

19 Januari 2013

Tentang Cinta


Bicara tentang cinta insani..
Cinta itu adalah fitrah setiap insan.
Tapi jangan kerana ikutkan fitrah cinta itu,timbul fitnah tentang cinta.
Teringatku satu riwayat dari Abu Darda,
"Cintamu kepada sesuatu membuatmu buta dan tuli..".
Benar cinta mampu membuat kita buta.
Buta untuk melihat kebenaran,buta untuk melihat kesilapan,buta untuk menilai keikhlasan..
Benar cinta membuatkan kita tuli.
Tuli kerana tidak endahkan seruan utama,yakni ad'din.
Tuli kerana asyik bergayutan dan mesej dengan kekasih hingga keluarga diketepikan..
Tuli untuk mendengar kata nasihat .
Terlau banyak perkara yang membuatkan kita tuli dan buta apabila cinta insani diutamakan.

Kerana cinta itu satu fitrah,maka kerana itulah Allah taala menciptakan kaum Hawa.
Seindah hiasan itu adalah wanita.Seindah hiasan itu adalah wanita solehah.
Ku pegang satu riwayat dari Bukhari,Muslim,Tirmidzi dan Ibn Majah tentang wanita,
"Rasulullah saw bersabda:tiadalah aku tinggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita".

Untuk menyalurkan cinta,islam dengan indah mengajar pelbagai cara.
Islam tidak akan benarkan saluran cinta dicemari debu-debu kemaksiatan.
Saluran cinta yang diajar dipenuhi dengan sinar sesucinya jauh dari kegelapan.
Sebab itu islam menjaga batasan pergaulan antara ikhwan dan akhwat.
Ya,memang benar kita sosial,tetapi sosial kita biarlah dalam keadaan menjaga ikhtilat.
Salah satu cara untuk menjaga ikhtilat ini dari tergelincir ke lembah kegelapan
hanya melalui ikatan pernikahan.
Cara ini lebih tepat agar segalanya berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.

Cukuplah sekadar ALLAH taala dalam hati.
Maha suci Allah lebih memahami hati ini berbanding insani.
Dapatkan cinta ALLAH terlebih dahulu
Barulah kita mendapat cinta manusia..
Selagi ALLAH tidak diutamakan
Selagi itu kita tidak akan mendpat cinta suci manusia...
Percayalah..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terpulang kepada saudara sekalian sama ada mahu mengulas atau memberi komen atau cadangan..