Foto GaLeri

Foto GaLeri

07 Oktober 2010

..ILMU TAUHID..MUKADDIMAH..

assalamualaikum..kebetulan hari ni ana siapkan modul usuluddin..jadi ana kongsikan sikit mukaddimah tentang ilmu tauhid nie..setakat nie,biarlah ringkas2 jea..nak hurai panjang lebar sekali ngan dalil panjang pulak..takut adew yang tak faham..rasenya lau ana taip ikut point2 nie..senang sikit untuk difahami.wallahualam...insyaallah ..


ILMU TAUHID
a. Ilmu usuluddin
b. Ilmu tauhid dan sifat
c. Ilmu kalam
d. Ilmu aqidah
a) Ilmu usuluddin
-skop perbahasan berkisar tentang perkara akidah yang merupakan asas
dan perkara pokok dlam agama dan semua hkum syarak.
b) Ilmu tauhid dan sifat
-membicarakan hal2 yang berkaitan dgn asa akidah serta berkaitan dgn sifat allah dr sudut hubungan dengan zat.
-berkaitan dengan keesaan allah yang mana menjadi intipati atau dasar utama dalam agama islam serta asas kpd agama yang benar yang dibawa oleh semua rasul.
c) Ilmu kalam
-skop dan inti ilmu tauhid adalah berkaitan dengan kalam atau teori2 sahaja bukan amalan anggota atau praktikal yang zahir.
-berkaitan dengan cara untuk menetapkan dalil asas dan dasar akidah yang sama dgan ilmu mantik.
d) Ilmu aqidah
-membahaskan persoalan2 berkaitan dengan pegangan dan kepercayaan dlam islam.
-aqidah ialah kaedah2 dan persoalan iman,islam dan hubung kait dengan kefahaman umat islam.
-membicarakan tentang aqidah yang sesat serta sumber aqidah yang sebenar.
-menyentuh soal kepercayaan kepada rukun iman dan islam serta peranannya dalam kehidupan individu dan masyarakat.
PENGERTIAN TAUHID DARI SEGI BAHASA
a. Tauhid adalah menetapkan sesuatu itu esa.
b. Mengakui bahawa sesuatu itu esa atau mengesakan.
c. Mengakui atau meniktikadkan bahawa allah itu esa.
PENGERTIAN TAUHID DARI SEGI ISTILAH
a. Mengakui bahawa tiada tuhan kecuali allah.
b. Mengetahui,mengakui,menetapkan dan menyakinkan yang sebenarnya di sembah hanya allah.
c. Sesuatu ilmu utk menetapkan akidah yang didasarkan kpd dalil2 yang jelas dn terang.
PEMBAHAGIAN TAUHID
a. Tauhid rububiyyah
-seseorang yang menyakini allah shj tuhan semesta alam.
-mengesakan allah dari sudut perbuatanNya.
-allah merupakan sumber kejadian,pencipta sekalian alam dan tiada tuhan selainNya.

b. Tauhid uluhiyyah
-seseorang yang menetapkan bahwa segala ibadahnya hanya utk allah dan ikhlas kerana allah semata-mata.
-Mengesakan allah dari sudut perbuatan hambanya yang diperintahkan spt solat.

c. Tauhid al-asma wa al-sifat
-mengesakan allah dari segala namaNya dan sifatNya.di mana hanya allah layak bersifat dan memiliki sifat kesempurnaan serta layak baginya shj.

FAEDAH ILMU TAUHID
1. Menguatkan keimanan serta keyakinan dan kepercayaan dalam hati.
2. Membetulkan pegangan terhadap perkara yang benar.
3. Yakin dengan hari akhirat
4. Menjaga iman dan diri supaya selamat didunia dan akhirat supaya selari dengan keredhaan allah.