Foto GaLeri

Foto GaLeri

13 Jun 2010

..AMALAN MUSTAJAB PADA BULAN REJAB..

assalamualaikum ya muslimin dan muslimat sekalian..semoga antum semua berada dalam keadaan baik-baik sahaja hari ini.
  sedar atau tidak,pejam celik pejam celik,kita semua sudah tiba di awal bulan rejab.ana ucapkan selamat mengamalkan amalan pada bulan keberkatan ini.kepada yang berpuasa sunat 1 rejab,ana ucapkan selamat berpuasa sunat rejab.kepada kaum hawa yang tidak berkesempatan untuk berpuasa sunat hari ini(xleh solat),puasalah bila antum semua boleh yea..jangan lupe tau..=)
kepada kaum adam pulak,tak de alasan untuk katakan tidak.betul tak??=)
haaa...bercakap soal bulan rejab ini,ana nak share sedikit ilmu berkaitan fadhilat bulan rejab ini.ana mulakan dengan puasa sunat rejab nie.antum semua tahu kan amalan sunat  sememangnya menjadi keutamaan dan diberi ganjaran pahala yang berlipat-lipat ganda ialah puasa sunat.ermm..paling baik lah dikerjakan 30 hari(sepanjang bulan rejab)sebagaimana diamalkan oleh nabi kita,muhammad saw.akan tetapi,sekiranya tak mampu buatlah setakat yang antum semua mampu.ana pun mungkin tidak mampu.(^_^)
   ana petik sebuah hadis rasulullah saw yang bermaksud"sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan rejab,maka allah taala menyeru kepada mereka"telah wajib hakmu atasku,mintalah olehmu kepadaku,demi ketinggian dan kebesaranku,tidak akan aku tolak hajatmu.engkau adalah jiranku di bawah arasyku.engkau kekasihku daripada semua makhlukku.engkau mulia di sisiku.berbahagialah kamu,tiada hijab antara aku dan engkau"
  1.     berpuasa sunat rejab 20 hari,maka allah taala mengampunkan dosa2 yang lalu
  2.     puasa 19 hari,maka allah taala membina untuknya sebuah mahligai syurga
  3.     puasa 16 hari,akan dapat melihat allah taala di syurga
  4.     puasa 15 hari,maka allah taala memberi pahala seperti puasa seratus ribu tahun(menurut saidina ali)
  5.     puasa 14 hari,maka allah taala memberi pahala seperti berpuasa sepuluh ribu tahun(menurut  saidina ali)
  6.     puasa 13 hari.maka diberi pahala seperti berpuasa tiga ribu tahun
  7.     puasa 10 hari,maka allah taala memberi 2 sayap untuk terbang seperti kilat di atas titian siratal-mustaqim pada hari kiamat
  8.     puasa 9 hari,akan dapat mengucap ketika keluar dari kubur dan tidak ditolak masuk
  9.     puasa 8 hari,akan di buka lapan pintu syurga pada hari kiamat
  10.     puasa 7 hari,akan ditutup pintu neraka pada hari kiamat
  11.     puasa 6 hari,akan di keluarkan dari kubur pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya
  12.     puasa 4 hari,akan menjauhi bala bencana dan penyakit yang berat serta fitnah dajjal pada hari kiamat
  13.     puasa 3 hari,akan dibinakan benteng yang menghalang ke neraka
  14.     puasa 2 hari,akan dipergandakan pahala ibadatnya
  15.     puasa 1 hari,di beri pahala seperti berpuasa 40 tahun dan diberi minum air syurga dan diberi pahala seperti mengerjakan ibadat seumur hidup
berpuasa sunat pada bulan rejab ini akan memberi ganjaran pahala jika dikerjakan pula solat2 sunat pada malam dan siangnya.

sumber ini ana peroleh dari buku amalan mustajab keluaran seribu dinar..apa yang ana harapkan adalah semoga antum semua mendapat sedikit pengetahuan mengenai bulan ini..
wallahualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terpulang kepada saudara sekalian sama ada mahu mengulas atau memberi komen atau cadangan..