Foto GaLeri

Foto GaLeri

19 Februari 2010

PENYEBAR SURAT BERANTAI BERSUBAHAT MUSUH ISLAM

Desawarsa ini,terdapat segelintir daripada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan keuntungan dengan cara yang mudah.Golongan ini tidak lagi mengambil peduli lagi soal hukum agama dan undang-undang,asalkan keinginan mereka tercapai.Mereka ini mengambil kesempatan atas kejahilan serta sikap tidak berhati-hati orang ramai yang mudah tertipu.


Satu cara menipu yang tersebar luas di Negara ini adalah melalui skim cepat kaya yang berbentuk surat berantai atau sms berantai.Sebenarnya isu surat atau sms berantai ini sudah sekian lama menjadi perangkap untuk memerangkapkan umat islam.Perkara ini tampak remeh tetapi sebenarnya surat atau sms berantai ini Berjaya menimbulkan kesan yang negetif yang amat mendalam dalam kehidupan umat islam.


Pelbagai bentuk dan rupa surat berantai yang dikesan wujud sejak berpuluh-puluh tahun lalau dan masih lagi berterusan penyebarannya disebabkan ramai yang mempercayainya,termasuklah umat islam di Malaysia.Sms berantai pula wujud sejak akhir-akhir ini,di mana teknologi serba canggih ini membangun dengan pesat.Ramai orang yang terbabit menyebarkan surat berantai tidak menyedari hakikat bahawa mereka sebenarnya bersubahat dengan musuh islam.Mereka terperangkap dengan taktik licik yang telah dicipta oleh pihak yang mencari keuntungan dengan cara mudah dengan bantuan orang lain.


Justeru ,menjadi satu tanggungjawab sesame muslim untuk saling menasihati antara satu sama lain atau menyebarkan maklumat yang di ketahui supaya dapat mengelakkan lebih ramai yang menjadi mangsa.


Antara bentuk suarat atau sms berantai yang dicipta oleh musuh islam adalah:
Jurukunci makam Saidina Rasul dr Mekah tlh bertemu dgn Rasulullah smbl
berpesan kuat-kuatlah beribadah kerana dunia sudh tua dan goyah. Sebarkn sms ini ke 10 orang, Dalam waktu 10 hari ,dapat rezeki besar. Kalau tak disebarkn maka dapat kesulitan yang tidak ada henti-hentinya. Ini amanah.


(contoh sms berantai,sekadar untuk PERINGATAN)




Surat atau sms ini disebar secara meluas yang mengaitkan mengenai nasib baik dan buruk bagi setiap penerima surat dan sms.


Ternyata kandugan surat dan sms berantai ini bertujuan untuk memesongkan akidah orang islam.Ia berkaitan nasib seseorang ditentukan oleh surat dan sms bukannya kuasa ALLAH.Sesungguhnya,sesiapa yang mempercayai ada kuasa lain menentukan nasib atau kuasa lain selain ALLAH,maka dirinya mempersekutukan ALLAH dengan kuasa lain atau dipanggil syirik.Syirik adalah dosa yang paling berat.Dosa syirik hanya dapat dilakukan dengan cara mengucap kalimah syahadah sebagai tanda memperbaharui kembali keislaman mereka.


Untuk menghurai mengenai penyebaran surat berantai ini terlalu penjang untuk dijelaskan.Oleh kerana itu,ana sediakan titipan daripada majlis fatwa kebangsaan 1978.Diharap agar dapat membuka mata para pembaca sekalian.


Wallahu’alam…
(sumber drpd:buletintarbiah@yahoo.com)
Untuk pengetahuan sidang pembaca sekalian.


Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.


Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967- hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979.Penjaga makam di madinah adalah:


• Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932),


• anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934),


• adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan


• anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al- Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).






Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).


Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini". (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil.7/78/I).


Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.


Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.". Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".


Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim."


(sumber: darulkautsar.com )


Wassalam













Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terpulang kepada saudara sekalian sama ada mahu mengulas atau memberi komen atau cadangan..