Foto GaLeri

Foto GaLeri

12 Ogos 2010

AhLaN waSahLan Ya RaMadHaN..

Firman allah taala didalam surah al-Baqarah ayat 183 dan 185 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman!kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu,supaya kamu bertakwa.
Maka diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan ramadhan yang padanya diturunkan al-quran,menjadi petunjuk sekalian manusia,dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.oleh itu,sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan ramadhan atau mengetahuinya,maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu,"

Sesungguhnya bulan ramadhan adalah bulan yang setiap tahun dinantikan ketibaannya oleh umat islam,memandangkan ia bulan yang mulia dan memberikan terlalu banyak manfaat/faedah/fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang menghayatinya.

Di sini juga,ana mahu berkongsi dengan antum semua akan fadhilat dan keutamaan ramadhan.mungkin segelintir di kalangan kita umat islam tidak mengetahui atau lupa akan perkara ini.maklum sajalah kehadiran bulan ini hanya setahun sekali.ermm..tak nak buang masa lagi,ana akan share apa yang ana tahu melalui pembacaan ana.insyaallah sama-sama manfaatkan ilmu allah ini..

Terdapat puluhan hadis rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan bulan barakah ini yakni bulan ramadhan al mubarak,bukan sahaja untuk manfaat umat islam di akhirat kelak bahkan faedah di dunia ini.walau bagaimana pun,faedah dan manfaat itu hanya diberikan kepada umat islam yang taat menjunjung segala perintah allah dan menjauhi mungkarNya.bagi mereka yang ingkar,tidak berpuasa,tidak mengerjakan solat dan lain2 perintah allah,maka ia tidak berhak mendapatkannya.di bawah ini,ana ringkaskan beberapa maksud daripada hadis rasulullah saw mengenai fadhilat/kelebihan/kemuliaan bulan ramadhan ini.

sabda rasulullah saw"apabila masuk bulan ramadhan maka dibukakan pintu2 langit dan ditutupkan pintu2 neraka,dan diikatkan semua syaitan"(riwayat bukhari dan muslim).

~Pintu-pintu syurga dibuka
sabda rasulullah saw:"pada malam 1 bulan ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutupkan semua pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya.dan dibukakan pintu2 syurga dan tidak ditutup satu pun daripadanya.maka berserulah penyeru"wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu,wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu.dan sesungguhnya allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam ramadhan.

menurut salah satu riwayat,ribuan ahli-ahli neraka dibebaskan pada tiap-tiap malam bulan ramadhan.ya allah,semoga engkau menjauhkan aku,keluargaku,guruku,sahabatku dan umat islam dari tergolong dalam golongan ahli neraka.

~Ganjaran pahala ibadah 
sudah tentu ganjaran pahala bagi orang-orang yang mengerjakan amal ibadah dalam bulan ramadhan adalah berlipat ganda sehingga 70 kali ganda,manakala ibadah sunat diberi pahala seperti solat fardhu.pada keseluruhan bulan ramadhan ini terbahagi kepada tiga iaitu:

1)untuk mendapat rahmat allah swt yang mencurah-curah.
2)untuk mendapat keampunan allah swt 
3)untuk imendapat pelepasan dari azab neraka.

ana rasa,cukup dulu untuk pagi ni.insyaallah sekiranya petang ini ana free,ana akan sambung balik.kerja terlalu banyak untuk disiapkan.mohon maaf semua..SELAMAT BERPUASA
k...wassalam..

29 Julai 2010

..MunaJat TaMbahKan PahaLa..

~~JoM bErMuNaJaT mEmAnJaTkAn DoA bErSaMa-SaMa~~
بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم غارت النجوم ونا مت العيون وانت لا تنام يا حئ يا قيوم

اللهم ارحم ضعفنا واشف مرضنا وتب علينا وسامحنا انت اعلم بحالنا وغنى عن سؤالنا فاغن فقرنا وكفر عنا سيئاتنا وانصرنا على عدونا ورد كيد الا عداء في نجورهم واكفنا شرورهم انك سميع قريب مجيب الدعاء يا رب الارض والسماء وصل اللهم وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

Ya allah yang menenggelamkan bintang2 dan menutup mata manusia,engkau tidak tidur wahai yang maha hidup lagi maha perkasa.ya allah kesihanilah kelemahan kami dan sembuhkanlah saudara2 kami yang sakit dan terimalah taubat kami,engkau mengetahui keadaan kami dan tidak memerlukan permintaan kami,maka cukupkanlah kami daripada kemiskinan kami,ampunilah kesalahan kami,dan bantulah kami melawan musuh2 mu,dan tolaklah tipu daya mereka menjadi kekalahan bagi mereka dan jauhkanlah kami daripada kejahatan mereka.sesungguhnya engkau maha mendengar maha dekat dan maha menjawab doa2 kami wahai tuhan pemilik langit dan bumi,selawat dan salam bagi nabi Muhammad saw beserta ahli keluarga dan sahabatnya..

Al-Hamdulilah●¸.•*۰۪۪۫۫●۪۫۰*•.¸●Maher Zain


..alhamdulillah..jazakallah...allah akhbar,,,

16 Julai 2010

..DENGKI YANG DIHARUSKAN..

عن ابن مسعود رضى الله عنه قال : قال سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول لا حسد الا في اثنتين رجل اتاه الله مالا فسلطه على هلكته فى الحق ورجل اتاه الله الحكمه فهو يقضى بها ويعلمها.

(رواه البخارى)

Maksudnya:Daripada Abdullah Ibn Mas’ud katanya:Daku mendengar Rasulullah saw bersabda:Tidak ada perasaan irihati atau dengki (dengki yang diharuskan)kecualilah dalam dua perkara:Pertama,dengki terhadap kedudukan atau keadaan seseorang yang dikurniakan oleh allah dengan harta benda,lalu ia menghabiskannya untuk jalan kebaikan,kedua,dengki terhadap keadaan seseorang yang telah dikurniakan allah dengan hikmat(kecerdasan dan ilmu pengetahuan)lalu ia beramal dengannya serta disampaikan kepada orang lain.

HURAIAN HADIS:

1. Huraian Ringkas

 Dua bentuk perasaan dengki atau irihati yang diharuskan malahan digalakkan ada dalam diri seseorang itu adalah:

  1. Perasaan cemburu terhadap saudaranya sesama islam yang telah dikurniakan allah kekayaan dari sudut material atau harta benda dari sumber yang halal dan berfaedah.ia menghabiskan harta tersebut ke jalan kebaikan demi mencari keredhaan allah.
  2. Perasaan cemburu terhadap sesama islam yang dikurniakan allah hikmat serta ilmu pengetahuan yang menjadikan ia sebagai pengajar/pendakwah/ulama/tawadduk khusyuk serta ia tekun beramal dengan ilmu pengetahuan yang dipelajarinya itu.
*selaian daripada 2 perkara tersebut,dengki adalah diharamkan.
 2. Huraian Terperinci

Empat jenis manusia yang secara ringkasnya dapat dinyatakan sebagaimana berikut:

Golongan yang paling tinggi tingkatannya dan terpuji kedudukannya adalah hamba allah yang dikurniakan rezeki harta kekayaan dan ilmu pengetahuan lalu ia menggunakan harta tersebut sebagai wasilah untuk bertaqwa kepada allah disamping membantu kaum kerabat serta melakukan kebajikan kerana allah.
  • Seorang hamba allah yang dikurniakan ilmu pengetahuan namun tidak memiliki harta kekayaan namun di sudut hatinya tersemat niat dan tekad:andai kata aku memiliki harta,pasti aku lakukan apa yang dilakukan oleh si dia yang kaya itu.Lantaran itu ia mendapat pahala kerana niatnya yang suci itu.
  • Seburuk-buruk dan sekeji-keji manusia adalah hamba yang apabila dikurniakan allah dengan harta kekayaan namun tidak berilmu.Lantaran ia menggunakan kekayaan itu bukan untuk kebajikan/membantu kaum kerabat/bertaqwa./menunaikan kewajipan kepada allah.
  • Dua golongan yang sama dosanya adalah,hamba yang tidak dikurniakan allah akan rezeki kekayaan dan tidak dikurniakan ilmu pengetahuan,namun ia berniat dan tertanam dalam sanubarinya:andai kata aku memiliki harta pastia aku akan lakukan seperti si kaya(yang pentinhkan diri/tidak bertaqwa/bermewahan itu).
A. PENGERTIAN DENGKI & SEJARAH PERTAMANYA

-Dengki adalah suatu sifat hati yang buruk dan keji yang mana seseorang itu berhasrat/berharap/bercita-cita supaya suatu nikmat/kejayaan yang diperolehi oleh orang lain akan lenyap,sama ada dalam masa terdekat atau lambat.(m/s 58)

 -sejarah pertama dikesan bermulanya dengki ialah daripada Qabil terhadap adiknya Habil.(rujuk surah al-maa-idah:27).

i. BAHAYA DENGKI
Dengki boleh menimbulkan kesan buruk kepada masyarakat.Antaranya:

  •  Sifat orang munafiq yang merasa irihati apabila umat islam memperoleh kejayaan dan bergembira apabila menerima kesusahan.(rujuk surah at-taubat:8)
  • Dengki menghapuskan amalan
  • Salah satu sifat orang yahudi semenjak dahulu dan kini.
  • contoh:mereka dengki kepada Talut yang dilantik menjadi raja mereka disebabkan Talut tidak memilki harta.(rujuk surah al-baqarah:247)
  • Dengki pertama antara makhluk di langit.
  • Contoh:iblis dengan Adam as,yang mana iblis dengki dan takabur yang menyebabkan iblis dan kuncu-kuncunya menjadi kufur.(rujuk surah al-baqarah:34)
  • Dengki pertama antara makhluk di bumi.
  • Contoh:Qabil yang dengki terhadap adiknya Habil yang menyebabkan berlakunya pembunuhan jiwa pertama.(rujuk surah al-maa’idah:27)
  • Sifat ahli kitab yang dengki kepada orang islam yang terus beriman dan bercita-cita supaya kufur.(surah al-baqarah109)
  • Tidak yakin dengan qada’ dan qadar allah iaitu tidak reda dengan kurniaan allah kepada orang lain.
  • sentiasa gelisah hati/tidak tenteram/hati terluka yang tidak akan sembuh,mendapat kemurkaan allah serta dijauhi oleh manusia.
*sifat dengki yang keji dan menghapuskan amalan kebajikan dapat diubati dengn taubat serta ilmu dan takwa.


 B. PELUANG IBADAT UNTUK LELAKI DAN WANITA


  1. Melakukan amalan bertaqarrub kepada allah serta menunaikan tuntutan fardhu seperti:mendalami dan mempelajari ilmu dan melakukan ibadat sebanyak mungkin,sama ada ibadat umum atau khusus.
  2. Merebut peluang dan beramal sebanyak mungkin untuk mencari keredhaan allah,yang mana tindakan perlu selaras dengan batasan syarak yang ditetapkan.
  3. Berusaha mempertingkatkan keimanan/ibadat/sebarang bentuk amalan yang di redhai oleh allah dan berhak mendapat ganjaran yang setimpal dengan usaha mereka.
C. BERLUMBA-LUMBA DALAM AMAL KEBAJIKAN
 
  • Syariat islam mengalakkan umatnya berlumba-lumba dalam mencari kebajikan yang lebih baik/berlumba-lumba dalam amal kebajikan.
  • Dalam urusan dan perkara berkaitan ibadat,tidak boleh mendahulukan orang lain sedangkan dirinya diakhirkan atau diketepikan.contoh:memberi peluang kepada orang lain untuk mendapat tempat dibarisan atau saf pertama atau setrusnya sedangkan dirinya di barisan yang kedua atau seterusnya.

 D. BERLUMBA-LUMBA MENUNTUT ILMU

i. ILMU BERMANFAAT

  • Ilmu yang boleh menambahkan rasa takut seseorang itu kepada allah dan bertambah banyak ibadatnya serta terjauh ia dari melakukan maksiat.Bidang ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu aqidah/ilmu syariah/ilmu tasawuf.Wajib hukum mempelajarinya.
  • Ilmu yang dituntut mempelajarinya adalah ilmu fardhu ain seperti ilmu tauhid,ql-quran dan fardhu kifayah seperti ilmu sains/kedoktoran/lainnya.
ii. ILMU YANG TIDAK BERMANFAAT

Ilmu yang tidak berguna kepada seseorang dan menjauhkan dirinya daripada taat kepada allah bahkan dicela menuntutnya seperti ilmu sihir/ilmu pukau/ilmu hitam/sebagainya.Haram hukum mempelajarinya.

1. KELEBIHAN MENUNTUT ILMU

  • Malaikat khas ditugaskan untuk memberi penghormatan kepada penuntut ilmu dengan melebarkan sayapnya.
  • Penuntut ilmu akan hamper kepada allah serta meletakkan mereka kedudukan yang terhormat
  • Orang yang menuntut ilmu merupakan salah satu jihad pada jalan allah.
  • Orang yang menghadiri majlis ilmu itu seperti berada didalam taman syurga
  • Orang jahil dan tidak berilmu itu amalan mereka tidak sempurna malah tidak diterima. 
2. TANGGUNGJAWAB ORANG BERILMU
  • Menyebarkan ilmu pengetahuan menurut kadar kemampuannya
  • Memberi nasihat kepada pemerintah
  • Menjalankan tugas”amar makruf”dan “nahi mungkar”
  • Mengamalkan apa yang diketahuinya itu serta menjadi model kepada orang lain

 E. MENGGUNAKAN HARTA MENURUT LANDASAN SYARAK
I. BERBUAT KEBAJIKAN
  • Pengertian umum bermaksud segala amalan yang boleh membawa pahala asalkan dikerjakan dengan ikhlas.
  • Cara terbaik mengerjakan harta ialah dengan tujuan pada jalan allah.seperti sedekah/wakaf/hadiah/derma/lainnya.
  • Dalam mendermakan harta/zakat/lainnya hendaklah daripada harta yang terbaik,bukannya yang rosak atau aib dan cacat.supaya ia diterima oleh allah demi mencapai keredhaan dan keimanan yang sempurna.(surah al-baqarah 267)

 II. IKHLAS MENDERMA
  • Segala derma/infaq/perbelanjaan yang dikeluarkan mestilah dengan niat yang ikhlas untuk keredhaan allah.
  • Sekirannya dilakukan atas dasar tekanan/malu/mencari kemegahan/lainnya,tidak mendapat penilaian di sisi allah,bahkan amalannya sia-sia.
  • Janganlah sama sekali timbul perasaan menyeasal/ragu-ragu/mengungkit-ungkit terhadap harta yang dibelanjakan itu,kerana perbuatan demikian akan terhapus serta terbatal.

 III. SEDERHANA DAN TIDAK MEMBAZIR DALAM BERBELANJA

 Membelanjakan harta itu perlu menurut pada kemampuan dan tidak membebankan.
  • Sederhana dalam menafkah dan tidak berlebih atau tidak boros dan tidak terlalu kedekut bahkan bersederhana di antara kedua-dua sifat tersebut.
  • Allah sangat membenci orang yang membazir harta atau mensia-siakan apa sahaja yang dikurniakan,seperti menggunakan pada tempat yang tidak sepatutnya.
  • Islam menyuruh umatnya supaya berjimat cermat dan menyalurkan harta pada tempat yang sesuai

F. HUKUM

  •  Menuntut ilmu adalah wajib terhadap setiap muslim sama ada lelaki mahupun perempuan
  • Belajar ilmu sihir membawa kepada kekufuran
  • Dengki yang diharamkan dan salah satu syirik khafiy
  • Ilmu membolehkan seseorang melakukan segala amalan dengan sempurna
  • Setiap orang mesti bertekad serta berazam untuk memiliki ilmu pengetahuan secara mendalam dan sebanyak yang mungkin.
  • Orang berilmu wajib mengajar dan menyampaikan kepada orang lain mengikut kemampuannya dan tahap ilmu yang ada padanya.
  • Amalan tanpa ilmu itu adalah sia-sia
  • Menuntut ilmu yang baik adalah diharuskan
G. PENGAJARAN HADIS
  1. Islam sentiasa menggalakkan umatnya menjadi orang yang berilmu
  2. Orang yang berilmu tidak akan dipandang hina dan rezki meraka dijamin oleh allah
  3. Orang yang berilmu dan menuntut ilnu akan dicintai oleh semua makhluk tidak kira di bumi/langit/darat/lautan
  4. Ilmu pengetahuan sahaja dapat membantu seseorang daripada terjebak ke lembah kesesatan dan dapat menghindarkan dirinya daripada azab di akhirat nanti
  5. Ilmu sahaja yang dapat membezakan antara seseorang yang jahil dengan alim

semoga sahabat-sahabat sekalian memahami apa yang telah ana coretkan pada blog ana ini yea.kebetulannya ana perlu present tajuk nie dalam kuliah nanti.so,ana cuba ringkaskan agar sahabat-sahabat sekalian mudah untuk memahami tajuk ini.semoga allah sentiasa merahmati hambaNya yang mencari ilmu pengetahuan dan menyebarkan pengetahuan..

wallahualam..







13 Jun 2010

..AMALAN MUSTAJAB PADA BULAN REJAB..

assalamualaikum ya muslimin dan muslimat sekalian..semoga antum semua berada dalam keadaan baik-baik sahaja hari ini.
  sedar atau tidak,pejam celik pejam celik,kita semua sudah tiba di awal bulan rejab.ana ucapkan selamat mengamalkan amalan pada bulan keberkatan ini.kepada yang berpuasa sunat 1 rejab,ana ucapkan selamat berpuasa sunat rejab.kepada kaum hawa yang tidak berkesempatan untuk berpuasa sunat hari ini(xleh solat),puasalah bila antum semua boleh yea..jangan lupe tau..=)
kepada kaum adam pulak,tak de alasan untuk katakan tidak.betul tak??=)
haaa...bercakap soal bulan rejab ini,ana nak share sedikit ilmu berkaitan fadhilat bulan rejab ini.ana mulakan dengan puasa sunat rejab nie.antum semua tahu kan amalan sunat  sememangnya menjadi keutamaan dan diberi ganjaran pahala yang berlipat-lipat ganda ialah puasa sunat.ermm..paling baik lah dikerjakan 30 hari(sepanjang bulan rejab)sebagaimana diamalkan oleh nabi kita,muhammad saw.akan tetapi,sekiranya tak mampu buatlah setakat yang antum semua mampu.ana pun mungkin tidak mampu.(^_^)
   ana petik sebuah hadis rasulullah saw yang bermaksud"sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan rejab,maka allah taala menyeru kepada mereka"telah wajib hakmu atasku,mintalah olehmu kepadaku,demi ketinggian dan kebesaranku,tidak akan aku tolak hajatmu.engkau adalah jiranku di bawah arasyku.engkau kekasihku daripada semua makhlukku.engkau mulia di sisiku.berbahagialah kamu,tiada hijab antara aku dan engkau"
  1.     berpuasa sunat rejab 20 hari,maka allah taala mengampunkan dosa2 yang lalu
  2.     puasa 19 hari,maka allah taala membina untuknya sebuah mahligai syurga
  3.     puasa 16 hari,akan dapat melihat allah taala di syurga
  4.     puasa 15 hari,maka allah taala memberi pahala seperti puasa seratus ribu tahun(menurut saidina ali)
  5.     puasa 14 hari,maka allah taala memberi pahala seperti berpuasa sepuluh ribu tahun(menurut  saidina ali)
  6.     puasa 13 hari.maka diberi pahala seperti berpuasa tiga ribu tahun
  7.     puasa 10 hari,maka allah taala memberi 2 sayap untuk terbang seperti kilat di atas titian siratal-mustaqim pada hari kiamat
  8.     puasa 9 hari,akan dapat mengucap ketika keluar dari kubur dan tidak ditolak masuk
  9.     puasa 8 hari,akan di buka lapan pintu syurga pada hari kiamat
  10.     puasa 7 hari,akan ditutup pintu neraka pada hari kiamat
  11.     puasa 6 hari,akan di keluarkan dari kubur pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya
  12.     puasa 4 hari,akan menjauhi bala bencana dan penyakit yang berat serta fitnah dajjal pada hari kiamat
  13.     puasa 3 hari,akan dibinakan benteng yang menghalang ke neraka
  14.     puasa 2 hari,akan dipergandakan pahala ibadatnya
  15.     puasa 1 hari,di beri pahala seperti berpuasa 40 tahun dan diberi minum air syurga dan diberi pahala seperti mengerjakan ibadat seumur hidup
berpuasa sunat pada bulan rejab ini akan memberi ganjaran pahala jika dikerjakan pula solat2 sunat pada malam dan siangnya.

sumber ini ana peroleh dari buku amalan mustajab keluaran seribu dinar..apa yang ana harapkan adalah semoga antum semua mendapat sedikit pengetahuan mengenai bulan ini..
wallahualam...