Foto GaLeri

Foto GaLeri

03 Disember 2012

sambungan "implementasi hudud"

ana ingin membawa sahabat sekalian memahami tentang jinayat/jenayah,memandangkan hudud ini termasuk dalam bab jenayah.

Jinayat atau jenayah membawa maksud perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.

Hukuman terhadap penjenayah/pesalah perlu dijalankan.Antara hukuman jenayah adalah hudud.Sebelum ini sudah ana terangkan tentang hudud sedikit sebanyak menyentuh maksud hudud.Sahabat sekalian masih ingat atau belum?semoga kalian ingat..insya'Allah
sekarang ana akan sentuh sedikit tentang hukuman qisas,di'at dan ta'zir.Lebih senang untuk sahabat memahami hudud.

Menurut jabatan mufti negeri Melaka:


Hukuman Qisas

Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.
Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah:
a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.
c) Melukakan orang lain dengan sengaja. Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Surah Al-Baqarah, 2:178)
Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan dilukakan tadi.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Ma'idah: 45)

Hukuman Diyat

Hukuman diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau waris mangsanya sebagai gantirugi disebabkan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya. Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan qisas dan ia sebagai gantirugi di atas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan atau melukakannya.

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman diyat ialah:
a) Pembunuhan yang serupa sengaja.
b) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja).
c) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau waris orang yang dibunuh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab siksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah Al-Baqarah, 2:178)

Hukuman Ta`zir
Hukuman ta`zir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman ta`zir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith.

Hukuman ta`zir adalah dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya dalam mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas kerana kesalahan yang dilakukan itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.

Jenis, kadar dan bentuk hukuman ta`zir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah itu kerana hukuman ta`zir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjenayah-penjenayah mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi dan bukan untuk menyiksa mereka.

ana bawa kes yang boleh disabitkan dengan hukuman hudud.



1.Perempuan-perempuan yang dirogol atau diperkosa oleh lelaki yang melakukan perzinaan dan telah disabit dengan bukti –bukti yang diperlukan oleh syarak dan tidak menimbulkan sebarang keraguan dipihak hakim bahawa perempuan itu dirogol dan diperkosa, maka dalam kes ini perempuan itu tidak boleh dijatuhkan dan dikenakan hukuman hudud,dan ia tidak berdosa dengan sebab perzinaan itu.

2.Lelaki yang merogol atau memperkosa perempuan melakukan perzinaan dan telah sabit kesalahannya dengan bukti – bukti dan keterangan yang dikehendaki oleh syarak tanpa sebarang keraguan dipihak hakim, maka hakim hendaklah menjatuhkan hukuman hudud keatas lelaki yang merogol perempuan itu, iaitu wajib dijatuhkan dan dikenakan ke atas lelaki itu hukuman rejam dan sebat.

3.Perempuan-perempuan yang telah disabitkan oleh hakim bahawa ia adalah dirogol dan diperkosa oleh lelaki melakukan perzinaan, maka hakim hendaklah membebaskan perempuan itu dari hukuman hudud (tidak boleh direjam dan disebat) dan Allah mengampunkan dosa perempuan itu di atas perzinaan secara paksa itu.


02 Disember 2012

Implementasi Hudud

assalamualaikum..
kaifa halukum ya sahabat?
semoga sentiasa berada dibawah RahmatNtya..

Alhamdulillah atas permintaan sahabat ana,
Jari ini mula galak menaip informasi2 tentang tajuk tersebut.
Syukur ana dapat hadirkan diri dalam majlis ilmuan seperti ini..
Satu tajuk yang menjadi isu hangat masa kini..
Mungkin penulisan ana ini ada kekurangan..
Akan tetapi tak salah untuk ana kongsikan apa yang ana boleh simpulkan.=)

Apa perspektif kalian bila baca tajuk ini?Adakah hudud ini satu mitos ataupun realiti ?Apakah hujahnya?Luangkan masa sejenak untuk baca keseluruhan tajuk ini.

Untuk permulaan biarlah ana terangkan apa itu hudud?
Hudud adalah had yang diambil dari perkataan bahasa arab,membawa maksud sempadan atau himpunan atau kumpulan perbuatan yang telah ditetapkan kadar hukumnya.Maksud hudud dalam syariah adalah balasan keseksaan yang telah ditentukan kadarnya mengikut syarak untuk menjaga hak-hak Allah dan hak manusia..

Firman Allah "itulah batasan larangan Allah,maka janganlah kamu menghampirinya.Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa."

Baiklah untuk apa pelaksanaan hukum hudud? setelah faham makna hudud,kita perlu memahami tentang pelaksanaannya berkaitan tujuan hukuman hudud.Antara pelaksanaan hukum hudud adalah:

1.Menjaga manusia dan masyarakat dari membuat kesalahan yang boleh dikenakan hukuman Hudud.
2.Menjaga manusia dan masyarakat dari melakukan sebarang kekacauan.
3.Menjaga manusia dan masyarakat dari tercemar dari melakukan titik-titik dosa.
4.Memelihara maruah dan keturunan.
5.Memelihara dan menjaga akal fikiran,harta benda,dan kekacauan agama Islam dari dicabuli.

untuk pengetahuan sahabat,hudud ini bukan dilaksanakan untuk semua kesalahan yang berlaku,tetapi kesalahan yang dikenakan hukuman hudud hanya 7 ketegori sahaja:

a]zina tetapi perlu melihat kepada syarat-syarat dahulu
b]qazaf yakni tuduhan zina atau fitnah
c]minum arak
d]mencuri
e]murtad
f]hirabah/merompak
g]penderhakaan

..cukup untuk malam ini,insyaAllah ada masa luang,ana akan jelaskan dengan lebih detail..tunggu sambungnya..

09 November 2012

~akrab persahabatan~


 ya Allah..
mereka sahabatku..
tidak akan ku kenali tanpa Mu..
anugerah berharga ini kan ku jaga..
kerana aku tahu ini satu amanah..

jadikan ikatan ini..
ikatan persaudaraan yang kukuh..
dibawah Rahmat dan sayangMu..


hindarkan kami dari prasangka..
wujudkan sakinah dalam ukhuwah kami
biar menjadi saksi persahabatan kami..
semoga terpelihara..
di bawah kuasa Mu  Maha Agung..

kita berbeza..
namun sama hakikatnya..
indah pertemuan aturan Tuhan Maha Esa..
mempersatukan 4 hati
dalam satu perjalanan tuju yang sama...=)

continue part 1


Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda :-
"Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagi (kandungan makna) surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

betapa baiknya ALLAH pada hambaNya..tapi apakah balasan kita atas kebaikan ini?
adakah ALLAH hanya di saat kita sakit?sedih?kecewa?...
sebagai seorang hamba yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri,
ingatlah bahawasanya ALLAH akan sentiasa bersama hambaNya..
pintalah apa sahaja,luahkan isi hati padaNya..
semakin kita ingatkanNya semakin dekat kita padaNya..
sejauh mana kita meletakkan ALLAH dalam hati kita sejauh itulah kita di sisi ALLAH..
jika pada kedudukan teratas "carta hati"kita,in'syaallah carta di sisi ALLAH kita juga di atas..
begitulah sebaliknya..
jangan hanya mahu dan cuba menjadi yang pertama dalam "carta hati"manusia..
apa yang manusia boleh berikan kepada diri kita??
adakah sekasih yang ALLAH berikan kepada hambaNya??
renungkan..

ayuh sahabat semua..
kita susuri satu per satu ciri untuk menjadi seorang hamba..
bagaimana??
hanya 5 cara ringkas,namun belum tentu kita mampu praktikan dalam diri dalam jangka masa yang ringkas..Ambil masa untuk muhasabah diri..baca dulu perkongsian ini...

5 cara menjadi hamba..

1.rabbani

                                    "taat perintahNya serta jauhi laranganNya"

kehidupan ini satu realiti bukannya fantasi.mahu atau tidak,seorang islam itu perlu berada dalam batasan syariat.satu contoh,bersahabat dengan lain-lain jantina(lelaki/perempuan] tidak salah,namun apa yang menjadi kesalahannya apabila batasan pergaulan tidak dijaga seperti lelaki perempuan bersentuhan antara satu sama lain,bertepuk-tampar dan seumpanya.

2.Matang

melaksanakan aktiviti harian semuanya memerlukan perancangan,ilmu dan sebagainya.fikiran yang bernas terhasil daripada ilmu yang terkumpul di dalam diri.tidak mengira pangkat atau usia..kematangan wujud tatkala seorang insan mampu membezakan antara baik dan buruk serta bijak dalam mengatur dan membuat pertimbangan.pergerakan diri membina tahap kematangan.jika usia tua tetapi tiada ilmu tidak akan sama dengan yang muda yang memiliki ilmu tentang sesuatu hal.

3.berwawasan

pelaksanaan dalam sesuatu perkara akan di mulai dengan matlamat..hidup dengan matlamat atau wawasan ini perlu ada bagi membina diri ke arah yang hendak dicapai.tanpa hidup yang berwawasan,adakah kita mampu memiliki kemahuan kita serta kehendak kita?..wawasan/matlamat adalah satu perancangan.perancangan yang strategik menghasilkan kualiti yang bermutu..

4.disiplin

apa sahaja perkara yang dilakukan,disiplin adalah aspek utama.

5.muhasabah

lihatlah diri kita dari segala sudut.kita tidak boleh menilai diri sendiri,tetapi orang lain yang mampu.apa sahaja penilaian orang,kita tetap perlu "check"kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri kita.ini dapat membina perancangan kita seterusnya..

~be can of hope~

Super Muslim..



assalamualaikum..
syukur alhamdulillah malam ini dapat jugak share something yang berharga..
ada apa pada poster ni???
1001 makna indah di sebalik poster yang tertera ni..
Hari jumaat,penghulu segala hari..
satu manfaat baru dapat kumpul daripada program ini..
syukurlah dapat sahabat yang membawa ke arah kebaikan..
slot bersama novelis tanah air Hilal Asyraf membuka minda kami semua..

Mari menjadi hamba...
Tajuk menarik yang merungkai persoalan minda..
mengenai "hamba"..
jom kita susuri apa maksudnya..
saudara Hilal membuka ruang lingkup ini..
membantu diri ini mengulas apa yang difahami..

persoalannya adakah tafsiran "hamba" ini satu tafsiran luar atau datangnya daripada Allah??

penjelasannya:

Ayat suci al-quran yang dipetik daripada surah adz-dzariyyat:56

  وَما خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

melalui ayat ini Allah taala berfirman yang membawa maksud:
"tidaklah aku menjadi jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepadaku"

erti mufradat ini secara terperinci,
إِلَّا لِيَعْبُدُونِ : melainkan supaya mereka mengenal-ku dan beribadah kepada-Ku, bukan karena Aku membutuhkan mereka.

Allah menjadikan manusia bahkan semua makhluk di dunia ini hanya untuk beribadat padaNya.berhenti sejenak..fikirkan seketika apa itu ibadat?mengapa ibadat?

teliti makna ibadat..
ibadat itu merupakan satu kata-kata yang segala sesuatu disukai Allah serta diredhaiNya sama ada perkataan,perbuatan,zahir mahupun batin.
skop ibadat itu sendiri tidak hanya menunaikan solat semata-mata..
malah ibadat ini merangkumi segala hal kebaikanyang di lakukan untuk meraih keredhaanNya.contohnya,melakukan ehsan kepada jiran tetangga,saudara mara dan masyarakat..
jadi di sini jelas tanpa perlu menghurai panjang..
bahawa ibadat itu bukan sekadar ibadat khusus..

buka minda kita untuk fahaminya..
kebenarannya "hamba"di sini tidak tertakluk pada ibadat bahkan konsepnya cukup luas jika diperhatikan..
petikan kata2 saudara Hilal, 
"asas yang rapuh akan menghasilkan binaan yang rapuh"
satu analogi daripada kata-kata ini..
"semakin tinggi bangunan yang hendak dibina,semakin dalam "base"yang digali.."
benar bukan??
sebuah bangunan tinggi memerlukan asas tapak yang kukuh untuk keselamatan awam..

~bersambung~

07 November 2012

cEbisAn GeLora..

bicara kata mula menyusur..
salam sejernih al-kauthar qaseh buat semua..
mendahului tulisan hati,menyingkap sejuta makna..

ku dahului dengan coretan kata..
kata hati hanya DIA MAHA TAHU..
titisan manik mata gugur satu persatu..
kejernihan itu tidak lain hanya kerana rasa..

aturan DIA MAHA ESA..
mempertemukan insan yang berbeza..
aturan DIA MAHA KUASA..
kepingan hati bertaut kasih..
kasih untuk persahabatan..
aturan DIA MAHA PENCINTA..
kecintaan terbit menglingkari sanubari..
bukan untuk insan yang salah..
tetapi untuk insan bernama sahabat..

segala rasa segalanya hadir..
hadir tatkala dalam kesepian..
membaluti luka lama berbekas kembali..
mana arah mahu melangkah..
pudar dalam kesamaran..

awalnya manis..
pertengahannya elok..
pengakhirannya????
adakah satu keperitan??

benarkan ini satu ujian??
jika ini ujian diri..
pasrah hanya DIA MAHA MEMAHAMI..
saban rentetan suara berteriak..
mencari jalan penyelesaian..

01 November 2012

1 JAWAPAN

Sejak lama aku berdiri..
Dalam sepinya hati ku ini..
Tidak ada siapa yang tahu ..
Tidak siapa yang mengerti..
Akan bisikan hati ini..

Ku lakarkan segalanya..
Ku tanyakan padaNya.
Di setiap kali sujudku..
Siapa bakal memiliki hati ini?..

Wahai penilai hati..
Lihatlah hati ini..
Makin lama makin menghilang..
Makin lama makin berbisa..
Merana tanpa tangisan..

Benar..
Hati ini hanya DIA Maha Tahu..
Setiap detik cungkilan rasa..
Ku serah hanya padaNya..
Dalam untaian setiap kalimah suci..
Di setiap pengakhiran sujudku..
Kerana DIA adalah MAHA AGUNG..

Hanya padaNya..
Persoalan di kemukan..
Dalam gunungan doa memecah kesepian..
Siapa bakal memiliki hati ini?..

Tika ini..
Segalanya jelas terpancar..
Bahawa setiap jodoh itu..
Hanya DIA MAHA TAHU..
Tidak usah khuatir akan ketentuanNya..
DIA pemilik segalanya..