Foto GaLeri

Foto GaLeri

12 Ogos 2010

AhLaN waSahLan Ya RaMadHaN..

Firman allah taala didalam surah al-Baqarah ayat 183 dan 185 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman!kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu,supaya kamu bertakwa.
Maka diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan ramadhan yang padanya diturunkan al-quran,menjadi petunjuk sekalian manusia,dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.oleh itu,sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan ramadhan atau mengetahuinya,maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu,"

Sesungguhnya bulan ramadhan adalah bulan yang setiap tahun dinantikan ketibaannya oleh umat islam,memandangkan ia bulan yang mulia dan memberikan terlalu banyak manfaat/faedah/fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang menghayatinya.

Di sini juga,ana mahu berkongsi dengan antum semua akan fadhilat dan keutamaan ramadhan.mungkin segelintir di kalangan kita umat islam tidak mengetahui atau lupa akan perkara ini.maklum sajalah kehadiran bulan ini hanya setahun sekali.ermm..tak nak buang masa lagi,ana akan share apa yang ana tahu melalui pembacaan ana.insyaallah sama-sama manfaatkan ilmu allah ini..

Terdapat puluhan hadis rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan bulan barakah ini yakni bulan ramadhan al mubarak,bukan sahaja untuk manfaat umat islam di akhirat kelak bahkan faedah di dunia ini.walau bagaimana pun,faedah dan manfaat itu hanya diberikan kepada umat islam yang taat menjunjung segala perintah allah dan menjauhi mungkarNya.bagi mereka yang ingkar,tidak berpuasa,tidak mengerjakan solat dan lain2 perintah allah,maka ia tidak berhak mendapatkannya.di bawah ini,ana ringkaskan beberapa maksud daripada hadis rasulullah saw mengenai fadhilat/kelebihan/kemuliaan bulan ramadhan ini.

sabda rasulullah saw"apabila masuk bulan ramadhan maka dibukakan pintu2 langit dan ditutupkan pintu2 neraka,dan diikatkan semua syaitan"(riwayat bukhari dan muslim).

~Pintu-pintu syurga dibuka
sabda rasulullah saw:"pada malam 1 bulan ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutupkan semua pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya.dan dibukakan pintu2 syurga dan tidak ditutup satu pun daripadanya.maka berserulah penyeru"wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu,wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu.dan sesungguhnya allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam ramadhan.

menurut salah satu riwayat,ribuan ahli-ahli neraka dibebaskan pada tiap-tiap malam bulan ramadhan.ya allah,semoga engkau menjauhkan aku,keluargaku,guruku,sahabatku dan umat islam dari tergolong dalam golongan ahli neraka.

~Ganjaran pahala ibadah 
sudah tentu ganjaran pahala bagi orang-orang yang mengerjakan amal ibadah dalam bulan ramadhan adalah berlipat ganda sehingga 70 kali ganda,manakala ibadah sunat diberi pahala seperti solat fardhu.pada keseluruhan bulan ramadhan ini terbahagi kepada tiga iaitu:

1)untuk mendapat rahmat allah swt yang mencurah-curah.
2)untuk mendapat keampunan allah swt 
3)untuk imendapat pelepasan dari azab neraka.

ana rasa,cukup dulu untuk pagi ni.insyaallah sekiranya petang ini ana free,ana akan sambung balik.kerja terlalu banyak untuk disiapkan.mohon maaf semua..SELAMAT BERPUASA
k...wassalam..