Foto GaLeri

Foto GaLeri

16 Disember 2010

USULUDDIN KERTAS 2 BAHAGIAN B:ULUM HADIS

assalamualaikum.di sini ana ingin kongsi sedikit soalan dan jawapan untuk subjek usuluddin STPM.semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada sahabat sekalian.insyaallah keberkatan dan kejayaan sentiasa mengiringi orang-orang yang sentiasa berusaha dalam menuntut ilmu.

soalan ulum hadis..

1)Bandingkan di antara Hadis Nabawi,Hadis Qudsi dan Al-quran.

skema jawapan:

Pegertian Hadis
1.hadis nabawi ialah apa-apa yang disandarkan kepada nabi Muhammad saw sama ada perkataan,perbuatan,pengakuan,sifat-sifat,baginda sama ada kejadian atau akhlaknya,sirah sebelum dan sesudah menjadi Rasul.
2.hadis qudsi ialah setiap hadis yang disandarkan perkataan yakni lafaz kepada nabi manakala maknanya daripada allah.
3.al-quran ialah kalam allah yang bermukjizat yang diturunkan kepada nabi muhammad saw,ditulis secara mashaf dan disampaikan secara mutawatir serta membacanya merupakan suatu ibadah.

Ciri-ciri Hadis Nabawi
1.Lafaz dan makna daripada nabi
2.Lafaz disandarkan kepada nabi
3.Kandungannya meliputi aqiqah,muamalat,zikir,halal,haram,dan lain2.
4.Bilangannya banyak
5.Sertakan contoh hadis

Ciri-ciri Hadis Qudsi
1.Lafaz daripada nabi
2.Makna daripada allah
3.Kandungannya mengenai kebesaran,keangugan allah dan rahmatNya.
4.Bilangan kurang daripada hadis Nabawi
5.Sertakan contoh hadis

Ciri-ciri Al-quran
1.Lafaz daripada allah
2.Makna daripada allah
3.Diterima secara mutawatir
4.Membaca menjadi suatu ibadat
5.Tidak sah solat tanpa membaca surah Al-Fatihah
6.Tidak boleh menyentuh tanpa wudhuk
7.Tidak boleh membaca ketika berada berhadas besar

cara agihan markah untuk soalan ini.
1.pengertian : 6 markah
2.ciri-ciri : 12 markah
3.persembahan : 2 markah

2)Dengan memberikan contoh-contoh Hadis,bandingkan diantara Hadis Hasan dengan Hadis Dhoif.

skema jawapan :

pengertian :
1.Hadis Hasan ialah hadis yang berhubung sanadnya daripada seorang perawi kepada perawi yang lain sehingga akhirnya melalui perawi yang adil,dhobit,hadis itu tidak syaz dan tidak illah.
2.Hadis Dhoif ialah hadis yang tidak mempunyai ciri-ciri hadis shahih dan hadis hasan.

ciri-ciri :
1.Hadis Hasan
-bersambung sanad antara seorang perawi dengan perawi yang lain
-perawi itu mesti adil
-perawi itu mesti dhobit yakni kuat ingatan,tetapi kurang sempurna ingatan jika dibandingkan dengan hadis sahih.
-hadis itu tidak syaz
-hadis itu tidak illah

2.Kedhoifan hadis dhoif disebabkan oleh :
-sanadnya tidak bersambung
-berlaku kecacatan dalam hadis
-berlakunya syaz
-perawinya tidak adil
-perawinya tidak dhobit

agihan pemarkahan
1.pengertian : 4 markah
2.ciri-ciri : 10 markah
3.contoh : 4 markah
4.persembahan : 2 markah

3)Huraikan secara terperinci kelayakan yang mesti dimiliki oleh seorang perawi hadis untuk melayakkan riwayatnya diterima sebagai hadis sahih.

skema jawapan:

pendahuluan :
-ulama hadis dan fiqh berpendapat bahawa islam,berakal dan baligh,adil dan dhabit merupakan syarat-syarat yang mesti ada pada perawi hadis untuk membolehkan riwayat diterima.apabila tidak terdapat syarat-syarat atau ada sebahagian sahaja maka riwayatnya ditolak.

syarat-syarat :
1.Islam
-orang kafir tidak layak
-berhati-hati berita orang fasik
-islam ketika perawi hendak meriwayat hadis bukan ketika menerima hadis.

2.Berakal
-akal syarat utama,tidak diterima riwayat orang yang gila/mabuk
-keupayaan membuat perbezaan
-riwayat daripada kanak-kanak tidak di terima

3.Adil
-sentiasa beribadat
-menjauhkan dosa
-tidak berkekalan dosa kecil
-menjaga maruah diri

4.Dhobit
-sedar,faham,memelihara hadis dengan baik
-dhobit di dada
-dhobit pada tulisan
-membuat perbandingan dengan riwayat yang lain

agihan markah :
4 X 5 =20

untuk malam ini,3 contoh sahaja.contoh soalan dan jawapan adalah dari soalan peperiksaan percubaan STPM 2002 negeri terengganu.harap maklum..

wassalam,,,

1 ulasan:

  1. jazakallah ya ukhti...sekurang2 nye..dapat jugak care tentang pemarkhan nie..thnk's yea...

    BalasPadam

terpulang kepada saudara sekalian sama ada mahu mengulas atau memberi komen atau cadangan..